beancurd roll

Pelbagai jenis juadah boleh digunakan dengan menggunakan kulit ‘beancurd’. Salah satunya adalah beancurd roll.

Beancurd roll ini mempunyai tekstur yang lembut dan moist apabila digigit, memang sangat sedap!

Resipi yang dikongsikan oleh Mellisa Mullen ini menggunakan isi ayam, lobak merah, daun bawang dan lain-lain sebagai inti. Wajib cuba!

Baca juga: Resipi Murtabak Mini Guna Kulit Popia, Rasa Tetap Sedap! Yang Penting Tak Perlu Uli Doh

RESIPI BEANCURD ROLL INTI AYAM

Bahan-bahan:

  • 6 keping beancurd sheet
  • 1 biji telur (ambil bahagian kuning saja)

Bahan inti:

  • 2 mangkuk kecil isi ayam kisar
  • 1 sudu kecil secukup rasa (brand maggi)
  • 1 batang carrot bersaiz kecil (hiris halus)
  • Sedikit daun bawang (hiris halus)
  • 3 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 sudu kecil serbuk lada
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji telur

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan inti di dalam satu mangkuk. Gaul sehingga semuanya bercampur rata. Jika suka masin, lebihkan secukup rasa.

2. Ambil sehelai beancurd, letakkan inti tadi di atas helaian beancurd. Sapukan setiap sisi menggunakan kuning telur. Kemudian balut dengan kemas seperti popia.

beancurd roll

3. Bakar menggunakan air fryer pada suhu 160℃ selama 10 minit.

4. Tak perlu sapu atau sembur minyak kerana selepas sejuk, kulit akan tetap jadi lembut dan moist.

beancurd roll

Kredit resipi dan gambar: Mellisa Mullen

Baca juga: Creamy Cheesy Popia Carbonara Homemade, Luar Rangup Inti Dalam Likat Padu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN