Mari cuba buat Ayam Panggang ala Domino’s yang popular dan kegemaran ramai ini. Rasanya yang lazat dan teksturnya yang lembut menjadikannya pilihan kegemaran ramai orang.
Ayam yang dimasak dengan sempurna, dengan kulitnya yang rangup dan isi yang juicy, memang ini yang selalu dinantikan ramai orang bila berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan.
Baca juga: Ayam Bakar Kewpie Cara Khairul Aming, Perap Guna 4 Bahan Je
Mari ikuti resipi seakan-akan menu Domino’s pilihan ramai ini dari perkongsian Cik Puan Fiza Sezali ini.
Sekilo ayam drumette pada bahagian kepak ayam itu ya. Kalau ikut resepi asal guna seekor ayam. Cuci bersih dan toskan.
Bahan-bahan perapan yang diperlukan:
Cara-cara penyediaan:
1. Mula-mula, satukan semua bahan dalam periuk (kecuali ayam) dan masak atas api hingga butter cair.
2. Kemudian bila dah siap masak, sejukkan sekejap. Sambil tunggu sos perapan tu sejuk sikit, bolehlah kita bersihkan ayam, cuci dan toskan.
3. Ambil sos perapan yang dah sejuk tadi dan bolehlah lumur pada ayam dan letak sedikit minyak. Biarkan ia diperapkan sebentar (kalau lagi lama lagi sedap).
4. Akhir sekali, bakar dalam lingkungan suhu 180°C hingga 200°C ikut oven masing-masing. Guna api atas bawah. Saya bakar dalam lebih kurang 30-40 min atau ikutlah nak garing mana ya. Kalau suka garing boleh lebihkan masa bakar itu.
5. Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba resipi ayam panggang kegemaran ramai ini. Anak-anak pun tentu seronok dapat makan di rumah!
Baca juga: Ayam Panggang Rosemary, Sedap Dimakan Bersama Nasi Butter & Mash Potato Gravy
Wantan goreng antara kudapan yang ramai suka kerana kulitnya yang rangup dengan inti ayam yang…
Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…
Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…
Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…
Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…
Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…