Pasti ramai dah biasa masak paprik ayam, paprik daging atau paprik campur kan? Kali ini jom kita cuba resepi sardin masak paprik yang nampak sangat sedap dan menyelerakan ini.
Sardin merupakan salah satu menu yang paling mudah disediakan dan menjadi kegemaran ramai. Dimakan pula dengan nasi panas dan digandingkan dengan telur dadar pasti boleh menambahkan selera sesiapa sahaja!
Bagi yang tidak pernah mencuba pasti tertanya-tanya bagaimana rasa sardin masak paprik. Oleh itu, mari ikuti langkah demi langkah penyediaan menu ini seperti yang dikongsikan oleh Elvianna El-Zahra di bawah.
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Kerabu Sardin Yang Lazat, Suami Siap Suruh Jual!
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan cili kisar, biarkan hingga sedikit garing.
2. Kemudian masukkan cili padi dan serai.
3. Masukkan juga cili merah dan kentang.
4. Tambahkan sos cili dan sos tiram. Gaul semua bahan hingga sebati.
5. Masukkn daun limau purut dan sedikit air.
6. Tambahkan lobak merah, kacang panjang, kobis bunga dan jagung muda. Tutup periuk seketika hingga semua sayur lembut.
7. Apabila semua sayur sudah lembut, masukkan sardin dan tomato.
8. Perasakan dan akhir sekali taburkan daun bawang. Sedia untuk dihidang.
Kredit resipi & gambar: Elvianna El-Zahra
Baca juga: Cara Buat Roti Sardin Kantin Sekolah, Tak Serap Minyak dan Rangup!
Wantan goreng antara kudapan yang ramai suka kerana kulitnya yang rangup dengan inti ayam yang…
Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…
Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…
Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…
Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…
Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…