Asam Pedas Ayam

Bila fikirkan lauk asam pedas, mesti anda akan terbayang Ikan Masak Asam Pedas. Jarang sekali hendak masak Asam Pedas Ayam sebenarnya.

Asam pedas kalau dimasak, bahan yang wajib selalunya adalah daun kesum, bunga kantan dan sedikit lada hitam. Rasanya akan lebih sedap dan lazat sehingga menjilat jari jemari.

Baca juga: Cara Potong Ayam Step By Step, Barulah Jadi Menantu Pilihan!

Ikuti resipi dari perkongsian Encik Zulkifli Mat dari laman Facebook ini. 


RESIPI ASAM PEDAS AYAM CARA SIMPLE

Asam Pedas Ayam

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 ekor ayam kecil (kalau besar cukup sebelah saja)
  • 1 batang serai diketuk
  • Air asam jawa secukupnya
  • Perasa (garam, sedikit gula dan serbuk secukup rasa)
  • Sayuran (bendi atau terung, tomato )
  • Aroma – daun kesom/limau purut dan bunga kantan
  • Lengkuas sebesar ibu jari – diketuk
  • 1 rempah sup

Bahan kisar: 

  • 20 -25 biji cili kering
  • 1-2 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Sebesar ibu jari kunyit hidup
  • Sebesar ibu jari halia
  • Sebesar ibu jari belacan putih (belacan Melaka)

Bahan tumis: 

  • 1/2 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 ibu jari halia
  • 1/2 cawan minyak

Cara-cara memasak:

1. Tumis bahan untuk menumis, bila dah wangi, masuk bahan kisar.

2. Masak sehingga pecah minyak.

3. Curah air asam, masuk serai dan lengkuas.

4. Masukkan ayam, perasa, sayuran, dan juga bahan aroma.

5. Masukkkan rempah sup.

6. Biarkan sekejap hingga kuah asam pedas da cukup masak. Bila ayam dan kuah dah masak, boleh angkat dan hidangkan.


Selamat mencuba resipi Asam Pedas Ayam ini. Ingat, nak lagi kick, masukkan belacan putih (belacan Melaka) untuk menaikkan lagi aroma dan rasa hidangan ini.

Baca juga: Ayam Panggang Rosemary, Sedap Dimakan Bersama Nasi Butter & Mash Potato Gravy

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN