Categories: Resipi

Apam Nasi Simple & Mudah Guna Blender, Gebu Gebas Macam Kapas Kejadiannya

Dalam banyak-banyak kuih klasik, Apam Nasi simple tetap jadi pilihan. Walaupun resipinya ringkas, tapi hasilnya yang naik gebu dan lembut memang buat orang puas nak makan.

Orang dulu-dulu suka buat Apam Nasi untuk kenduri kerana mudah disediakan dalam jumlah yang banyak. Warna asalnya putih, tapi sekarang ramai suka tambah pewarna supaya nampak menarik.

Setelah melihat perkongsian resipi Apam Nasi simple oleh Erny Shafrida di Facebook, kami yakin anda akan tertarik untuk membuatnya dengan air tangan sendiri. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Apam Santan Warna-Warni, Kukus 10 Minit Saja Dapat Hasil Gebu Cantik!

RESIPI APAM NASI SIMPLE

Bahan-bahan:

  • 1 cawan nasi
  • 1 cawan gula
  • 1½ cawan air
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ paket kecil mauripan
  • Secubit garam (jika suka)

Cara-cara buat:

  1. Mula-mula, kisar nasi, gula dan air sampai halus dengan blender.
  2. Kemudian, tuang bahan kisar ke dalam tepung dan gaul sampai sebati. Nak masuk semua bahan dalam blender juga boleh.
  3. Selepas itu, perap selama 1 jam dan warnakan ikut suka atau putih saja.
  4. Seterusnya, tuang dalam acuan lompang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
  5. Akhir sekali, kukus selama 15 minit. Siap untuk dinikmati!

Sesetengah orang suka makan begitu saja, ada juga yang nikmatinya bersama kelapa parut. Setiap kali makan, boleh rasa nostalgia suasana kampung yang tak lapuk dek zaman.

Selamat mencuba!

Sumber: Erny Shafrida

Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Apam Nasi Turun-Temurun Dari Ibu, Lembut & Gebu Hasilnya!

Aimi

Recent Posts

Tak Guna Susu Pun Boleh Jadi Creamy! Resipi Mac & Cheese Ini Guna Air Kelapa Parut, Unik!

Resipi mac and cheese ini sesuai untuk anda yang ingin mencuba kelainan daripada hidangan pasta…

12 mins ago

Ingatkan Gula Kelapa Untuk Buat Kuih Saja… Rupanya Ada 7 Kegunaan Lain Dalam Masakan!

Ramai menggunakan gula kelapa untuk membuat kuih tradisional kerana rasanya manis dan aromanya seakan karamel.…

26 mins ago

Resipi Donut Bantal Versi ‘Malas’, Tak Perlu Uli Lama Atau Bentuk Bulat Satu-Satu!

Donut bantal antara pilihan menarik untuk dibuat sendiri di rumah, terutama apabila teringin menikmati kuih…

2 hours ago

Resipi Kubis Cina Gulung Berinti Ayam, Kukus 20 Minit Saja Dah Siap Untuk Menu Diet Sihat!

Cabbage rolls ialah hidangan menggunakan daun kubis yang dibalut bersama inti, kemudian dikukus sehingga masak.…

3 hours ago

Resipi Ayam Sambal Kangkung, Tips Kena Masuk Sayur ‘Last Minute’ Barulah Kekal Rangup!

Cara buat ayam sambal kangkung ini menggabungkan ayam goreng kunyit dengan sambal pedas yang pekat.…

3 hours ago

Puding Batik Biskut Marie Berlapis Coklat, Buat Malam Ini Esok Pagi Dah Boleh Makan!

Ada biskut Marie di rumah? Apa kata cuba buat puding batik biskut Marie yang berlapis…

3 hours ago