Categories: Resipi

Wanita India Kongsi Cara Masak Ayam Varuval, Rempah Wangi, Rasa Pun Padu!

Apabila ditanya tentang masakan India yang paling disukai rakyat Malaysia, mestilah jawapannya Ayam Masak Varuval. Paling penting, ia mudah dimasak dan tak renyah.

Ayam Masak Varuval merupakan lauk kering berempah popular dalam masakan India Selatan yang sedap dengan setiap potongan ayam disalut sempurna dengan rempah tumisan.

Kami terjumpa resipi Ayam Masak Varuval oleh Cgayatthiri Devi Chundriah di Facebook yang sangat menarik untuk dicuba sempena musim Deepavali. Jom kita cuba!

Baca juga: Kari Ikan Timur Laut India, Resipi Dari Negeri Odisha Ini Boleh Tahan Sedap!

RESIPI AYAM MASAK VARUVAL

Bahan-bahan:

  • Ayam (potong kecil)
  • 1 biji bawang merah india
  • 10 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • Buah pelaga
  • Kayu manis
  • Bunga lawang
  • Cili padi (ikut tahap kepedasan masing-masing)
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • Daun kari
  • Daun ketumbar
  • 1 biji tomato
  • 1 sudu rempah kari ayam
  • 2 sudu rempah cili kering
  • 1 sudu jintan manis (ditumbuk kasar)
  • 1 sudu lada hitam (ditumbuk halus)

Cara-cara masak:

  1. Mula-mula, tumbuk atau kisar bawang merah india, bawang putih dan halia.
  2. Selepas itu, tumis dulu bahan yang sudah ditumbuk sampai wangi.
  3. Kemudian, masukkan ayam dan gaulkan.
  4. Selepas gaul, masukkan tomato yang yang sudah dipotong.
  5. Tutup ayam dengan menggunakan tudung periuk dan masak dalam api perlahan selama 15 minit sampai ayam empuk. Jangan masukkan air.
  6. Masukkan cili padi dan bawang merah, kemudian kacau sampai pecah minyak.
  7. Masukkan rempah cili kering, rempah kari ayam, jintan manis dan lada hitam (nak kurang pedas, jangan guna serbuk lada hitam).
  8. Seterusnya, masak selama 10 minit sampai garing.
  9. Akhir sekali, masukkan daun kari dan daun ketumbar.

Selamat mencuba!

Sumber: Cgayatthiri Devi Chundriah

Baca juga: Resepi Ayam Varuval Mudah Terangkat, Dari Jauh Boleh Bau Aromanya

Aimi

Recent Posts

Resipi Donut Bantal Versi ‘Malas’, Tak Perlu Uli Lama Atau Bentuk Bulat Satu-Satu!

Donut bantal antara pilihan menarik untuk dibuat sendiri di rumah, terutama apabila teringin menikmati kuih…

50 mins ago

Resipi Kubis Cina Gulung Berinti Ayam, Kukus 20 Minit Saja Dah Siap Untuk Menu Diet Sihat!

Cabbage rolls ialah hidangan menggunakan daun kubis yang dibalut bersama inti, kemudian dikukus sehingga masak.…

2 hours ago

Resipi Ayam Sambal Kangkung, Tips Kena Masuk Sayur ‘Last Minute’ Barulah Kekal Rangup!

Cara buat ayam sambal kangkung ini menggabungkan ayam goreng kunyit dengan sambal pedas yang pekat.…

2 hours ago

Puding Batik Biskut Marie Berlapis Coklat, Buat Malam Ini Esok Pagi Dah Boleh Makan!

Ada biskut Marie di rumah? Apa kata cuba buat puding batik biskut Marie yang berlapis…

2 hours ago

Ayam Kukus Halia Simple, Gaul Semua Bahan & Kukus 20 Minit Saja, Memang Mudah!

Nak masak lauk yang mudah tetapi tetap menyelerakan? Resipi ayam kukus halia simple ini boleh…

2 hours ago

Resipi Pari Asam Pedas Dengan Sentuhan Jintan Manis, Sekali Hirup Tak Pandang Lauk Lain!

Resipi pari asam pedas ini menggunakan gabungan jintan manis dan daun kesum untuk menghasilkan kuah…

3 hours ago