resepi apam santan

Dulu-dulu, resepi Apam Santan sering digunakan untuk kenduri atau majlis kerana rupanya meriah dan mudah dimakan. Sekarang, nak buat untuk sarapan atau minum petang pun boleh.

Jika nak buat sendiri di rumah, boleh ikut resepi Apam Santan yang dikongsikan oleh Sharifah Mariam Syed Mohd di Facebook. Caranya mudah dan hasilnya gebu. Jom kita cuba!

Baca juga: Apam Susu Kukus Warna-Warni Lembut & Gebu, Sesuai Untuk Minum Petang!

RESEPI APAM SANTAN WARNA-WARNI

resepi apam santan

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu besar ovalette
  • 2 cawan tepung kek atau tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 200ml santan kotak (kotak kecil)
  • 3 pewarna makanan (ikut suka)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, masukkan telur, gula dan ovalette, kemudian pukul sampai kembang.

2. Selepas itu, masukkan baking powder dan esen vanilla.

3. Kemudian, masukkan santan berselang-seli dengan tepung.

4. Seterusnya, pukul sampai betul-betul rata.

5. Kemudian, bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan letakkan warna pilihan.

6. Setelah itu, masukkan dalam acuan.

7. Akhir sekali, kukus selama 10 minit. Siap untuk dihidang!

Cara buat Apam Santan ini tak susah mana pun. Asalkan ada santan, tepung, telur dan sedikit pewarna makanan, sudah boleh hasilkan apam cantik seperti yang terhidang di kenduri.

Selamat mencuba!

Sumber: Sharifah Mariam Syed Mohd

Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Apam Nasi Turun-Temurun Dari Ibu, Lembut & Gebu Hasilnya!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN