
Dalam banyak-banyak kuih klasik, Apam Nasi simple tetap jadi pilihan. Walaupun resipinya ringkas, tapi hasilnya yang naik gebu dan lembut memang buat orang puas nak makan.
Orang dulu-dulu suka buat Apam Nasi untuk kenduri kerana mudah disediakan dalam jumlah yang banyak. Warna asalnya putih, tapi sekarang ramai suka tambah pewarna supaya nampak menarik.
Setelah melihat perkongsian resipi Apam Nasi simple oleh Erny Shafrida di Facebook, kami yakin anda akan tertarik untuk membuatnya dengan air tangan sendiri. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Apam Santan Warna-Warni, Kukus 10 Minit Saja Dapat Hasil Gebu Cantik!
RESIPI APAM NASI SIMPLE

Bahan-bahan:
- 1 cawan nasi
- 1 cawan gula
- 1½ cawan air
- 1 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung gandum
- ½ paket kecil mauripan
- Secubit garam (jika suka)
Cara-cara buat:
- Mula-mula, kisar nasi, gula dan air sampai halus dengan blender.
- Kemudian, tuang bahan kisar ke dalam tepung dan gaul sampai sebati. Nak masuk semua bahan dalam blender juga boleh.
- Selepas itu, perap selama 1 jam dan warnakan ikut suka atau putih saja.
- Seterusnya, tuang dalam acuan lompang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
- Akhir sekali, kukus selama 15 minit. Siap untuk dinikmati!

Sesetengah orang suka makan begitu saja, ada juga yang nikmatinya bersama kelapa parut. Setiap kali makan, boleh rasa nostalgia suasana kampung yang tak lapuk dek zaman.
Selamat mencuba!
Sumber: Erny Shafrida
Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Apam Nasi Turun-Temurun Dari Ibu, Lembut & Gebu Hasilnya!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














