Apam gula hangus kukus dikenali juga sebagai kek sarang semut. Keistimewaan apam ini adalah mempunyai tekstur berongga dan rasa karamel yang manis.
Resipi ini mudah untuk ikut terutama sekiranya anda baru berjinak-jinak dalam dunia baking. Bahan pun senang untuk cari dan basic sahaja.
Jom buat dengan follow langkah-langkah yang dikongsikan oleh Cik Puan Nor Sakani Sasha.
Baca juga: Cara Pilih Lobak Merah Yang Segar, Barulah Tak Pahit Bila Dimasak!
RESIPI APAM GULA HANGUS KUKUS
Bahan-bahan
Bahan Karamel:
- 2 cawan gula
- 2 cawan air panas
- 3 sudu besar marjerin
Bahan Kek:
- 4 biji telur
- 2 cawan tepung gandum (diayak)
- 3 sudu susu pekat
- 1 sudu teh baking powder (diayak)
- 1 sudu teh soda bikarbonat (diayak)
- 1 penutup esen vanila
Cara Penyediaan
Membuat Karamel:
1. Masukkan gula ke dalam kuali dan cairkan dengan api sederhana.
2. Setelah gula cair dan berubah warna keperangan, perlahan-lahan masukkan air panas. Hati-hati kerana campuran ini akan sedikit terpercik.
3. Gaul hingga larut sepenuhnya dan masukkan marjerin. Kacau hingga marjerin cair dan sebati.
Menyediakan Adunan Kek:
1. Pukul telur hingga kembang. Anda boleh menggunakan pengisar untuk langkah ini.
2. Masukkan susu pekat dan pukul lagi hingga sebati.
3. Tambahkan esen vanila dan kacau rata.
4. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat, dan baking powder yang telah diayak. Pukul hingga sebati.
5. Tambahkan karamel yang telah disediakan tadi dan gaul hingga adunan menjadi rata dan sebati.
Mengukus Kek:
1. Sapu acuan dengan minyak agar kek tidak melekat.
2. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah disapu minyak.
3. Kukus adunan selama 15-20 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.
Kek gula hangus yang melampau naiknya ini pasti akan menjadi kegemaran anak-anak dan seisi keluarga. Teksturnya yang berongga dan rasanya yang kaya dengan karamel membuatkan setiap gigitan terasa begitu nikmat. Selamat mencuba dan semoga berjaya!
Sumber: Nor Sakani Sasha
Baca juga: Resipi Pajeri Rambutan Ini Sangat ‘Legend’, Orang Dulu-Dulu Je Tahu Kesedapannya