salmon grill lemon butter

Sekali sekala makan makanan barat apa salahnya kan, kadang-kadang bosan juga asyik makan nasi. Salah satu makanan barat yang anda boleh cuba masak adalah Salmon Grill Lemon Butter.

Salmon panggang yang disaluti sos lemon butter. Dengar nama pun dah terliur kan? Kalau nak tahu sedap ke tidak, jom cuba cuba buat!

Baca juga: Resipi Salmon With Creamy Lemon Sauce, Mudah Dan Sedap!

Resipi Salmon Grill Lemon Butter

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan salmon atau nak guna ikan lain pun boleh
  • 3 sudu besar butter dicairkan
  • 2 sudu besar gula perang
  • 2 sudu besar kicap
  • 1 sudu kecil kulit lemon diparut
  • 1/2 lemon – ambil jusnya
  • 3 tangkai cili api – cincang @ 1/4 sudu kecil paprika jika tak suka pedas
  • 1 sudu besar daun parsley – cincang
  • 2 sudu kecil thyme
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil bawang putih dicincang
  • 1 sudu kecil minyak zaitun

Cara-cara penyediaannya:

1. Panaskan oven pada suhu 200°C selama 15 minit.

2. Bersihkan ikan, lap ikan supaya kering. Kalau tak nanti air dari ikan akan keluar.

2. Satukan semua bahan kecuali ikan ke dalam mangkuk. Kacau semua bahan sehingga gula hancur. Jika guna garam bukit pink, rasanya kurang masin. Jika guna garam biasa boleh kurangkan sikit. Jika tak suka pedas, tak perlu letak cili api.

3. Sapu kan dulang @ mangkuk dengan sedikit minyak zaitun. Susun ikan dalam dulang @ mangkuk untuk dibakar. Boleh gantikan ikan mengikut selera.

4. Tuangkan bahan sos tadi ke atas ikan. Sapu rata. Bakar ikan selama 10-11 minit atau sehingga ikan masak.

5. Susunkan hirisan lemon ke atas ikan sebagai hiasan. Selamat mencuba!

Kredit: Khadijah Jaafar

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN