air sirap bandung

Sedapnya kalau berbuka nanti dapat minum air sejuk dan menyegarkan tekak seperti Air Sirap Bandung Soda Cincau. Setelah seharian menahan dahaga, tambah lagi dalam cuaca Malaysia yang panas.

Mudah saja nak buat air ni, anda semua wajib cuba untuk berbuka nanti ya! Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati di mana-mana pasar raya. Cara penyediaannya juga sangatlah ringkas. 

Jika ada yang mahu mencuba, ikuti saja resipi di bawah merupakan hasil perkongsian oleh saudara Dani J Tang menerusi laman sosial Facebook miliknya. Selamat mencuba!

Baca juga: Air Laici Aiskrim Soda Resipi Mudah, Auto Hilang Dahaga Bila Minum!

RESEPI AIR SIRAP BANDUNG SODA CINCAU

Bahan-bahan:

  • Cincau
  • Aiskrim soda (air gas)
  • Susu cair
  • Sirap
  • Ais batu

Cara-cara:

1. Potong cincau mengikut saiz dan bentuk yang disukai.

2. Kemudian, masukkan aiskrim soda. Tuangkan juga susu cair sambil dikacau supaya susu cair tidak berketul dan berbintil.

air sirap bandung

3. Seterusnya, masukkan pula ais dan juga sirap secukupnya. Kacau sehingga sebati dan bercampur rata.

4. Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!

air sirap bandung

Kredit resipi dan gambar: Dani J Tang via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Baca juga: Cara Buat Air Teh Bunga Longan Yang Mengiurkan, Sejuk Tekak Bila Dapat Minum!

Baca juga: Peniaga Ini Dedah Resipi Rahsia Air Keladi Aiskrim Vanilla Jualannya, Laku Keras!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN