daging masak black pepper

Pasti ramai dah biasa masak daging black pepper kan? Kali ini jom kita cuba daging black pepper versi ‘crispy’ pula.

Pertama sekali, daging disalut dengan tepung jagung dan digoreng sehingga rangup. Paling penting, kena guna daging batang pinang supaya tidak keras.

Kemudian, daging yang sudah siap digoreng akan dicampur bersama tumisan sos black pepper yang sangat sedap.

Kalau nak tahu cara memasak yang lengkap, ikut saja resipi perkongsian oleh Ash di laman sosial Twitter miliknya. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Pesamah Daging ‘Famous’ Di Utara, Sedap Tapi Jarang Jumpa!

RESEPI DAGING MASAK BLACK PEPPER CRISPY

Bahan-bahan:

  • Daging batang pinang – dihiris
  • Tepung jagung
  • Bawang holland – dihiris
  • Bawang putih – dihiris
  • Daun bawang – dihiris
  • Cili padi – dihiris
  • Lada hitam – tumbuk
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Kicap manis
  • Garam/gula/serbuk hilal
  • Cili benggala

Cara-cara:

1. Hiris nipis daging. Kemudian taburkan tepung jagung dan gaul sebati sehingga semuanya bersalut rata.

2. Panaskan minyak di dalam kuali, goreng daging yang disalut dengan tepung jagung tadi sehingga keperangan. Angkat dan toskan. Ketepikan seketika.

3. Guna minyak yang sama, tumis bawang holland, bawang putih, daun bawang dan cili padi.

4. Kemudian masukkan lada hitam yang sudah ditumbuk kasar.

5. Tuangkan sos tiram, sos cili dan kicap manis. Gaul sehingga sebati.

6. Perasakan dengan serbuk hilal atau garam dan gula secukup rasa.

7. Masukkan daging yang sudah digoreng tadi beserta cili benggala dan daun bawang yang sudah dihiris.

8. Gaul sehingga semuanya bercampur rata dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Lihat video penuh:

Kredit resipi: Twitter @ashsukamakan

Baca juga: Resipi Rendang Daging Simple, First Time Masak Pun Pasti Menjadi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN