air bunga telang

Bunga telang memberikan warna semula jadi yang cantik tanpa bahan pewarna tambahan. Selain nasi kerabu, ada juga yang jadikannya bahan utama dalam minuman seperti Air Bunga Telang Selasih.

Bukan sekadar warna cantik, malah rasa bunga telang sebenarnya neutral. Jadi, anda bebas untuk mengolahnya dalam minuman mengikut selera tersendiri.

Jika ada banyak bunga telang di halaman rumah, jangan bazirkan. Buat saja Air Bunga Telang Selasih mengikut resipi di bawah, pasti hasilnya cantik menawan. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Buat Air Sunquick Laici Lazat Berkrim, Tiap Kali Teguk Terasa Nikmat!

RESIPI AIR BUNGA TELANG SELASIH

air bunga telang

Bahan-bahan:

  • Bunga telang
  • Biji selasih
  • Lemon
  • Gula secukupnya

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, didihkan air bersama bunga telang sampai bunganya kuncup dan warna keluar sepenuhnya.

2. Kemudian dalam bekas lain, rendam biji selasih dalam air panas sampai kembang.

3. Selepas itu, bancuh air tadi dengan gula mengikut cita rasa.

4. Seterusnya, masukkan biji selasih dan perahan lemon ke dalam air.

5. Akhir sekali, hias dan hidang bersama ais. Siap untuk dinikmati!

air bunga telang

Tips menarik tentang minuman ini:

  • Perahan lemon akan ubah warna biru telang jadi ungu lembut kerana tindak balas asid.
  • Jika nak kekalkan warna biru diraja, jangan perah lemon atau limau.
  • Jangan tersalah pilih bunga kerana bunga telang boleh dimakan, tapi bunga seri pagi beracun.
  • Nak tambah rasa, cuba campur madu, serai wangi, laici atau soda mengikut cita rasa.

Warna birunya yang lembut dan menenangkan memang cantik dipandang. Apabila digabungkan dengan bahan lain seperti lemon dan biji selasih, terus nampak menyegarkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Kelantanese

Baca juga: Air Bandung Soda Dengan 3 Bahan, Resipi Paling Senang Nak Buat Dekat Rumah!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN