daging goreng ketumbar

Mari cuba buat Daging Goreng Ketumbar guna resipi yang ringkas dan mudah ini. Tengok gambarnya saja, memang tak boleh bawa bincang terliurnya itu.

Bagi anda yang tiada idea untuk menu bersahur. Boleh cuba hidangan ini. Makan dengan nasi panas-panas, memang naik selera dibuatnya!

Baca juga: Panduan Simpan Daging Mengikut Jenis Supaya Tahan Lama

Resipi ini telah dikongsikan sendiri oleh Puan Hayati Abdullah menerusi laman TikToknya. Perkongsian beliau telah menarik perhatian netizen untuk mencubanya. Hanya tinggal perap dan goreng saja. Jom tengok cara penyediaan di bawah. 

RESIPI DAGING GORENG KETUMBAR

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar biji ketumbar, sangai dan dikisar/tumbuk kasar
  • 500g daging, diperap dengan garam dan kunyit, kemudian direbus hingga empuk
  • 5 ulas bawang merah, dikisar
  • 3 ulas bawang putih, dikisar
  • 1 inci halia, dikisar
  • 5 biji cili kering
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji bawang holland, dihiris
  • 5 biji cili api, dihiris

Cara-cara penyediaan:

1. Gaulkan daging yang telah direbus dengan biji ketumbar yang telah dikisar/tumbuk kasar. Pastikan biji ketumbar merata melekat pada daging.

2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, bawang putih, halia, dan cili kering hingga harum.

3. Masukkan daging yang telah digaul dengan biji ketumbar tadi ke dalam kuali dan goreng sehingga agak kering.

4. Tambahkan sos tiram, kicap manis, garam, dan gula secukup rasa. Kacau sehingga semua bahan tercampur rata.

5. Terakhir, masukkan bawang holland dan cili api yang telah dihiris. Kacau sebentar dan angkat dari api.

Video penuh:

@kak_t68

Daging Goreng Ketumbar Bahan2: 🥩Biji ketumbar yang disangai dan dikisar/ditumbuk kasar 🥩Daging yang diperap dengan garam kunyit dan direbus hingga empuk 🥩Bawang merah kisar 🥩Bawang putih kisar 🥩Halia kisar 🥩Cili Kering 🥩Sos tiram 🥩Kicap manis 🥩Garam gula secukup rasa 🥩Bawang holland 🥩Cili api Cara2 boleh refer di video🎥 #daginggorengketumbar #daginggorengkunyit #fyp #menuviraltiktok #menuviral #foryourpage #masakansimpleシ

♬ original sound – NHA – Hayati Abdullah

Daging Goreng Ketumbar siap dihidangkan panas-panas bersama nasi atau hidangan lain mengikut selera.

Selamat mencuba!

Sumber: TikTok Hayati Abdullah

Baca juga: Daging Masak Hitam Ala-Ala Kenduri, Banyak Kali Panas Lagi Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN