Jika anda seorang yang tidak suka bersahur dengan makanan berat, boleh cuba resepi pati kurma homemade ini atau boleh dijadikan minuman tambahan ketika bersahur.
Bila hendak diminum, campurkan pati bersama susu dan boleh terus diminum. Minuman ini nampak mudah tapi sebenarnya ia boleh membuatkan perut anda kenyang dan bertahan sehingga waktu berbuka.
Kemanisan pes ini bergantung pada jenis kurma yang dipilih. Jika kurma tersebut manis, maka manislah minuman anda nanti. Jom cuba menggunakan resipi hasil perkongsian dari Fa Phong di bawah.
Baca juga: Cara Makan Kurma Lain Dari Lain, Sedap Sungguh Rasa Lemak Butter & Rangup Kacang!
RESEPI PATI KURMA HOMEMADE
Bahan-bahan yang diperlukan
- Kurma
Cara-cara:
1. Asingkan biji kurma dan ambil isi sahaja.
2. Kemudian, kukus isi kurma tadi selama 20 minit.
3. Apabila sudah siap kukus, kisar isi kurma dalam food processor sehingga menjadi pes. Jangan campur air supaya pes tahan lebih lama.
4. Masukkan pes ke dalam botol dan simpan dalam peti ais.
5. Apabila mahu diguna, ambil 1 sudu pati kurma dan campur dengan 1 cawan susu segar.
6. Kacau sebati dan sedia untuk diminum. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Fa Phong
Baca juga: Bukan Hanya Sedap, Sebiji Kurma Mempunyai 12 Khasiat Yang Ramai Tak Tahu