khasiat kurma

Ada banyak khasiat kurma untuk kesihatan tubuh badan manusia yang ramai tidak tahu. Buah ini bukan saja sedap tapi mempunyai banyak manfaatnya yang tersendiri.

Buah kurma biasanya banyak dijual ketika menjelang bulan Ramadan. Tidak sah jika tidak mengambil buah kurma ketika berbuka puasa atau bersahur.

12 Khasiat Buah Kurma Untuk Kesihatan

Berikut merupakan beberapa khasiat kurma yang anda perlu tahu:

1. Mengelakkan sembelit

Kurma mampu mengelakkan masalah berkaitan sistem penghadaman terutamanya sembelit. Hal ini kerana kurma mengandungi serat sebanyak 3.57-10.9g serat di dalam 100g kurma.

Kurma mengandungi serat larut dan serat tidak larut yang mampu meningkatkan saiz najis dan melembutkannya. Kadar pergerakan usus juga meningkat dan melancarkan lagi sistem penghadaman makanan.

Kajian mendapati bahawa pengambilan kurma sebanyak tujuh biji (kira-kira 50g) oleh 21 orang dewasa selama 21 hari telah meningkatkan pergerakan usus dan meningkatkan kekerapan najis.

2. Tinggi tenaga

Kurma boleh membekalkan sumber tenaga yang bagus dan cepat. Buah kurma tinggi dengan sumber karbohidrat ringkas seperti glukosa, sukrosa dan fruktosa.

Karbohidrat ringkas yang terdapat dalam buah kurma adalah mudah terurai dan bertukar menjadi sumber tenaga yang mampu membekalkan dan mengembalikan tenaga dengan cepat.

Oleh itu, tidak hairanlah ia sesuai untuk diambil semasa bulan Ramadhan sama ada pada waktu sahur dan juga waktu berbuka. Ianya dapat membekalkan tenaga yang secukupnya walaupun sedang menjalani ibadah puasa.

3. Mencegah kanser

Kurma juga berpotensi untuk mencegah penyakit kanser. Satu kajian menggunakan ekstrak kurma Ajwa pada kadar 100µg/mL mendapati bahawa ianya dapat menghalang pembentukan sel kanser/tidak normal di perut, payu dara, paru-paru dan usus yang boleh menyebabkan kanser.

4. Meningkatkan kesihatan otak

Kajian menunjukkan kurma dapat mengurangkan inflamasi pada otak serta mengurangkan risiko penyakit seperti alzheimer serta pembentukan plak pada otak. Ia juga meningkatkan daya ingatan.

5. Memudahkan proses melahirkan anak

Kurma juga membantu proses bersalin bagi para wanita mengandung. Kajian mendapati bahawa pengambilan kurma pada akhir trimester adalah efektif untuk mengurangkan jangka masa proses bersalin sehingga 4 jam kurang daripada wanita yang tidak mengambil kurma.

Hal ini kerana kurma mendorong pembukaan serviks yang memudahkan proses bersalin dan mengurangkan kemungkinan induksi kehamilan (induce labour) berbanding tidak mengambil kurma.

6. Mengawal paras kolestrol

khasiat buah oren

Selain itu, kurma juga boleh menurunkan paras kolestrol dalam darah. Kajian mendapati biji kurma ajwa dan sukkari mempunyai aktiviti hypolipidimik yang membantu menurnkan kadar kolestrol di dalam tikus yang mempunyai masalah diabetes atau kolestrol tinggi.

7. Kaya antioksidan

Kurma mengandungi antioksidan yang dapat mencegah pelbagai penyakit kronik. Fungsi antioksidan melindungi sel-sel dalam tubuh daripada radikal bebas.

Antioksidan yang terkandung dalam kurma dikenali sebagai flavonoid cukup baik untuk mengurangkan risiko diabetes, alzheimer dan kanser.

8. Bagus untuk tulang

Bukan susu sahaja baik untuk tulang tapi begitu juga kurma. Ini kerana ia mengandungi mineral iaitu fostor, kalium, kalsium dan magnesium yang dapat mencegah penyakit tulang seperti osteoporosis.

9. Mengurangkan keradangan

Buah kurma juga mengandungi pelbagai komponen fitokimia seperti polifenol, flavonoid, proanthocyanidins, β-carotene dan mineral seperti selenium yang mempunyai sifat antiradang.

Oleh itu, kurma dapat menghalang keradangan yang terhasil daripada luka terbakar, jangkitan kuman, alergen, bahan kimia toksik dan rangsangan.

10. Bagus untuk jantung

Kurma juga dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular seperti jantung. Jantung merupakan organ penting bagi manusia kerana ia berfungsi untuk mengepam dan membekalkan darah ke seluruh badan.

Kajian mendapati kurma boleh mengelakkan penyumbatan plak di ateri dan menghindarkan risiko serangan jantung.

11. Mengatasi masalah seksual

Kurma juga baik untuk kesihatan seksual – kadar estradiol dan flavonoid pada kurma meningkatkan jumlah dan kualiti sperma kaum lelaki.

12. Mengawal gula dalam darah

Kurma mempunyai rasa manis dengan kandungan fruktosa yang baik untuk tubuh. Fruktosa merupakan jenis gula semula jadi pada buah.

Kandungan gula itu serta serat yang tinggi dalam kurma sangat bermanfaat untuk mengawal gula dalam darah. Serat mencegah kadar gula dalam darah melonjak terlalu tinggi selepas makan.

Sumber: Root Of Science

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN