Sekali pandang, nampak macam kuih lapis, tapi sebenarnya bukan kerana ini adalah puding biskut cream cracker yang disediakan menggunakan tiga bahan saja. Mari cuba resipi puding biskut ini. Ia sangat mudah, dan rasanya juga enak!
Pencuci mulut ini boleh dihidangkan dalam pelbagai warna dan dengan pelbagai lapisan. Hanya biskut, telur, susu pekat, dan pewarna yang diperlukan. Campurkan semua bahan dan kukus setiap lapisan satu persatu. Proses pengukusan hanya memerlukan masa 10 minit saja. Pastikan untuk mengisar semua bahan dengan halus.
Baca juga: Puding Coklat Biskut Marie (Edisi Kurang Manis), Sejuk Tekak Dibuatnya!
Resipi ini dikongsi oleh Siti Aishah Hussin. Anda boleh mengukusnya dalam loyang atau menggunakan acuan kuih lompang. Penggunaan acuan kuih lompang lebih mudah kerana tidak perlu memotong.
RESIPI PUDING BISKUT CREAM CRACKER
Bahan-bahan:
- 24 keping biskut cream cracker
- 4 biji telur
- 1/2 cawan susu pekat manis
- Pewarna makanan
Cara-cara penyediaan:
- Rendam biskut dalam air panas hingga kembang, kemudian toskan.
- Kemudian, masukkan semua bahan ke dalam pengisar.
- Pengisar sehingga halus.
- Bahagikan adunan kepada tiga warna yang berbeza.
- Tuangkan warna pertama dan kukus selama 5 minit.
- Lapisan seterusnya dilakukan sehingga adunan habis.
- Akhir sekali, kukus selama 10 minit.
- Kek sekarang siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba dan menjamu selera.
Sumber: Siti Aishah Hussin
Baca juga: Puding Pandan Thai (Kanom Piak Poon), Sedap Rasa Berlemak Manis!