daun kelor tumis

Siapakah di sini pernah mencuba makan daun kelor tumis bersama telur? Pasti banyak yang tidak mengetahui cara memasaknya, bukan? 

Daun kelor mempunyai banyak khasiat yang baik untuk kesihatan tubuh kita. Banyak yang mungkin tidak mengetahui tentang hal ini.

Dikenali sebagai moringa, biasanya tumbuh di kawasan hutan tropika dan mempunyai pelbagai kegunaan dari akar hingga buahnya.

Baca juga: Kangkung Goreng Sos Tiram, Sayur Kegemaran Ramai Ini Guna 6 Bahan Saja!

Antara khasiatnya ialah kesannya yang baik untuk meningkatkan produksi susu ibu, sangat berguna untuk menurunkan gula darah, terutamanya untuk pesakit diabetes melitus. Ia juga mampu meningkatkan kadar hemoglobin dalam darah.

Selain itu, daun kelor dapat menurunkan tekanan darah kepada tahap normal, bertindak sebagai antioksidan untuk tubuh kita, menurunkan kolesterol jahat, dan meningkatkan kolesterol baik dalam tubuh. Terdapat banyak lagi manfaat yang dapat diperoleh daripada daun kelor.

RESIPI DAUN KELOR TUMIS TELUR

daun kelor tumis

Bahan-bahan:

Daun kelor
Bawang besar sebiji
Bawang putih 5 ulas (dicincang halus)
Cili kering (dipotong kecil-kecil)
Ikan bilis (goreng dan ketepikan dulu)
Telur sebiji (kalau tak nak letak telur, letak kelapa parut pun boleh)
Sedikit garam

Cara-cara memasak:

1. Panaskan bawang merah, bawang putih, dan cili kering dalam kuali.

2. Selepas itu, tambahkan daun kelor (moringa). Tidak perlu dimasak terlalu lama, dalam 5-6 minit daun tersebut akan masak.

3. Letakkan telur di tengah-tengah dan kacau rata.

4. Akhir sekali, tambahkan ikan bilis dan angkat dari kuali. Pastikan untuk menambahkan garam. Siap dan boleh tutup api. 

5. Sedia untuk dihidang. 

daun kelor tumis

Selamat mencuba.

Sumber: Nirumala Citambaram

Baca juga: Sayur Campur Cara SIMPLE, Campak-campak Dalam Kuali Dah Siap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN