Mari kita cuba resipi Kangkung Goreng Sos Tiram hari ini. Antara hidangan sayur kegemaran ramai dan hanya menggunakan enam bahan sahaja. Cukup ringkas namun sangat lazat!

Lauk ini merupakan hidangan popular di Asia Tenggara terutamanya di Malaysia dan Indonesia. Kangkung, juga dikenali sebagai Bayam Air atau Morning Glory dalam bahasa Inggeris, adalah sayuran hijau yang biasa digunakan dalam hidangan ini. 

Baca juga: Tip Sayur Cantik Berkilat Macam Kat Restoran, Buat INI Dulu Sebelum Goreng

Sos tiram adalah bahan utama dalam hidangan ini. Ia memberikan rasa yang enak dan manis kepada hidangan kangkung goreng. Cara membuatnya pun memang mudah dan sesuai untuk anda yang baru mula nak belajar memasak.

Ikuti resipi ringkas dari perkongsian @PnSyuhaida ini. 


RESIPI KANGKUNG GORENG SOS TIRAM

kangkung goreng sos tiram

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

  1. Potong dan bersihkan kangkung kemudian toskan.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih, ikan bilis, dan cili padi dengan 1 sudu minyak. Tumis sehingga bawang putih naik bau.
  3. Masukkan sos tiram dan sedikit air.
  4. Kemudian, masukkan kangkung. Goreng sehingga kangkung masak dan layu sedikit. terus tutup api dan angkat ke dalam pinggan lauk.
  5. Siap dan sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba resipi sayur kangkung yang ringkas dan mudah ini.

Sumber: Lemon8 @PnSyuhaida

Baca juga: Sayur Taugeh Tumis Sos Tiram, Lauk SIMPLE Tapi Bertambah Makan Dibuatnya!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending