Fish N Chips

Fish and Chips merupakan hidangan asal dari Inggris yang terdiri dari potongan ikan yang dilapisi adunan tepung dan digoreng, biasanya disajikan bersama kentang goreng.

Hidangan ini dikenal dengan rasa sedap dan rangup pada lapisan tepungnya. Sebagai alternatif, menggunakan ikan Talapia dalam versi ini mungkin memberikan hasil yang lazat.

Baca juga: Lamb Chop Homemade, Resipi Perap Ikut Style Turki

Ini kerana, ikan Talapia memiliki isi yang lembut dan tidak terlalu kuat rasa, antara sebab menjadi pilihan yang baik untuk hidangan ini. Pastikan ikan Talapia yang digunakan segar dan bersih sebelum diolah.

Ikuti resipi penuh dari perkongsian Aufa Asyraff ini. 

RESIPI FISH AND CHIPS GUNA ISI IKAN TALAPIA

sos tartar

Bahan-bahan sos tartar:

Cara buat sos: Gaul rata semua bahan di atas dan adjust sesedap rasa. 

ikan talapia

Bahan-bahan fish n chips:

  • 500g isi ikan Talapia – dah siap siang jadi filet
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu teh baking powder
  • Garam secukupnya
  • Lada hitam secukupnya
  • 1 cawan air sejuk
  • Minyak untuk menggoreng
  • Kentang, dipotong seperti kepingan fries

Cara-cara:

1. Campurkan tepung gandum, tepung beras, baking powder, garam, dan lada hitam dalam mangkuk besar.

2. Tambahkan air sedikit-sedikit sambil kacau sehingga adonan menjadi lembut dan tiada ketulan tepung.

3. Masukkan isi ikan Talapia ke dalam adunan, pastikan ikan dilapisi dengan baik.

4. Panaskan minyak dalam kuali besar untuk menggoreng.

5. Ambil sekeping ikan Talapia dari adunan, pastikan ikan keringkan sedikit sebelum dimasukkan ke dalam minyak panas.

6. Goreng ikan hingga keperangan dan berwarna keemasan. Angkat dan letakkan di atas tisu dapur untuk menyerap lebihan minyak.

7. Goreng kentang hingga garing dan keperangan.

8. Hidangkan Fish N’ Chips bersama dengan kentang goreng dan sos tartar.

fish and chips

Selamat mencuba.

Sumber: Aufa Asyraff

Baca juga: Resipi Salmon With Creamy Lemon Sauce, Mudah Dan Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN