Mari cuba bancuh sendiri air karamel latte ala-ala kafe. Hanya menggunakan tiga bahan saja, memang sedap dan kaw.
Dulu, kopi juga sinonim dengan kopitiam iaitu bisnes kedai kopi yang dijalankan oleh peniaga keturunan Cina Hainan dan Hokkien di pekan-pekan dan warung kopi di kampung-kampung.
Baca juga: Teknik Bancuh Air Neskopi Kaw Yang Sedap, Rasa Ala-Ala Mocha Tealive Gitu!
Kini, budaya kopi bukan lagi sekadar di kopitiam dan warung kopi.
Kewujudan kedai kopi moden bercirikan mewah dan gaya funky telah menjadikan budaya kopi ini sebagai satu urban lifestyle di bandar-bandar besar terutama di kalangan generasi muda hari ini.
Dengan membancuh kopi sendiri, anda ada kawalan sepenuhnya terhadap proses dan hasil kopi yang disediakan. Sama ada kopi full-bodied yang pekat mahupun kopi nipis, anda boleh experiment untuk dapatkan kopi yang menepati cita rasa anda.
Ikuti cara bancuhan menerusi perkongsian Nabilah Azmi ini.
CARA BANCUH AIR KARAMEL LATTE ALA KAFE
Jom kita mengopi. Saya nak kongsikan resipi latte yang sedap dan simple. Anda tak perlu susah-payah membeli, boleh bancuh sendiri saja. Kita perlukan tiga bahan untuk membuah air karamel latte ini. Anggaran setipa bahan ini ikut atas citarasa masing-masing.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Air bancuhan kopi classic
- Caramel syrup
- Susu fullc cream
- Ais batu – optional
Cara-cara bancuhan:
1. Letakkan caramel syrup di dalam keliling gelas (ikut atas manis karamel yang anda nak)
2. Letakkan beberapa ketulan ais batu di dalam gelas.
3. Tuangkan susu full cream di dalam gelas (ikut atas berlemak susu yang anda nak)
4. Tuangkan air bancuhan kopi classic di dalam gelas dan kacau rata.
5. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Ikut selera memasing. Nak buat corak macam kat kedai pun boleh, janji boleh minum masuk tekak sendiri, settle. Selamat mencuba.
Sumber: Nabilah Azmi
Baca juga: Kenali Jenis Kopi Paling MAHAL Di Dunia, Coffee Lover Wajib Tahu!