resepi pucuk ubi

Resepi pucuk ubi kukus masak lemak perkongsian oleh Puan Suzana Othman ini boleh dikatakan unik dan berbeza dari lain. Hal itu kerana, beliau sangat kreatif kerana telah mengolah pucuk ubi menjadi empat segi.

Menurut beliau juga, resipi tersebut dipelajari semasa berkunjung ke rumah sahabat mentua di Bandung, Indonesia. Jika di sana, pucuk ubi dipanggil dengan nama ‘singkong’.

Jika para pembaca mahukan kelainan, bolehlah mencuba resipi pucuk ubi kukus masak lemak ini. Ianya pasti digemari oleh satu keluarga. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Sayur Labu Air, Masakan Unik Dari Terengganu Yang Mudah & Lazat

RESEPI PUCUK UBI KUKUS MASAK LEMAK

Bahan A:

  • 1 ikat pucuk ubi (rebus dengan garam sehingga lembut & perahkan airnya)
  • 10 biji telur
  • Garam

Cara memasak:

1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan masukkan sedikit garam. Kemudian pukul telur hingga kembang. Sediakan loyang, oleskan sedikit minyak supaya tak melekat kemudian masukkan pucuk ubi ke dalam loyang.

2. Curahkan telur ke atas pucuk ubi, tekan-tekan supaya padat.

3. Panaskan pengukus, kukus pucuk ubi hingga masak. Cara nak tahu sama ada dah masak atau belum ialah dengan menekan permukaan pucuk ubi, kalau dah keras dan padat bermakna dah masak. Keluarkan dari pengukus, sejukkan pada suhu bilik. Bila dah betul-betul sejuk baru boleh dipotong ikut saiz yang diingini.

resepi pucuk ubi

Bahan B:

  • 1 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • Segenggam ikan bilis*
  • Pucuk ubi yang dah siap dipotong
  • 1 kotak santan kelapa
  • 1 sk serbuk kunyit
  • Garam
  • Minyak masak untuk menumis
  • Air secukupnya

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga garing.

2. Masukkan serbuk kunyit dan air secukupnya.

3. Masukkan pucuk ubi yg dah dipotong tadi.

4. Masukkan santan, perasakan dengan garam dan serbuk perasa jika suka. Kacau perlahan hingga mendidih. Tutup api. Taburkan cili merah semasa menghidang.

5. Dah siap pucuk ubi kukus yang rare ni. Walaupun pembuatannya agak renyah tapi percayalah, ia sangat berbaloi bila tengok anak-anak makan sayur tanpa dipaksa. Selamat mencuba.

resepi pucuk ubi

Kredit resipi dan gambar: Suzana Othman

Baca juga: Cara Masak Sayur Pedas Petola, Tinggal Rebus Je Semua Bahan Tanpa Guna Minyak!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN