sup dumpling

Seronoknya dapat makan sup dumpling sambil hirup panas-panas. Satu keluarga boleh makan sampai meletup perut. Lagi-lagi kalau ikut resipi yang dikongsikan Intan Iman di laman Facebook, pasti ketagih.

Baca juga: Sup Ayam Ginseng (Samgyetang) Masakan Korea, Selalu Nampak Dalam K-Drama!

Resipi sup ladu yang dikongsikan ini dijamin halal dan bersih. Modal utama buat dumpling kena rajin dan sabar sebab kena sediakan inti, kulit dumpling, dan juga chilli oil yang rangup itu. 

Berikut di bawah adalah resipi penuh yang boleh anda cuba. 


RESIPI SUP DUMPLING HOMEMADE

Dumpling sup menu petang ini sedap sangat. Dari kulit dumpling sampai ke chili oil semuanya homemade. Memang jimat daripada makan di luar. Bila keluarga besar memg kena buat banyak. Jimat banyak.

sup dumpling

Bahan inti dumpling:

  • 400g Daging kisar
  • Daun bawang (hiris)
  • 3 biji Bawang holland dadu
  • 1 biji lobak merah parut
  • 1 biji telur
  • Secukup rasa

Cara buat: Satukan semua bahan di atas dan ketepikan.

Bahan-bahan kulit dumpling:

Cara buat: Satukan semua bahan kecuali air.masukkan air sedikit demi sedikit.uli sehingga tak lekat di tangan. Adunan seperti kulit karipap.bulatkan doh kecil2 saiz duit 20sen dan canai utk buat dumpling.

Bahan-bahan chilli oil crunchy:

  • Cili kering (cuci ,keringkan dan kisar guna blender kering)boleh guna cili flake ready made
  • Bijan
  • Minyak masak
  • Bawang putih ditumbuk

Cara buat chilli oil: Panaskan minyak dan masukkan bawang putih, goreng sehingga warna perang ranggup, kemudian masukkan cili kering kisar dan bijan. Bila dah naik bau, matikan api.

resipi dumpling

Resipi boleh digunakan utk buat dumpling soup/dumpling kukus atau goreng. Untuk sup dumpling, boleh buat sup ayam macam biasa boleh masukkan sayur-sayuran kalau nak. Sup saya hanya guna kaki ayam rebus dan secukup rasa.tambah daun bawang utk tambah bau wangi.


Selamat mencuba resipi homemade ini.

Sumber: Intan Iman

Baca juga: Sup Dumpling + Mee Wantan Kicap, Sedap Lembut ‘Berenang’ Dalam Mulut!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN