daging salai

Daging salai biasanya digunakan untuk membuat masak lemak cili padi. Hidangan ini tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Negeri Sembilan. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk memasak masakan lain seperti daging salai black pepper.

Resipi perkongsian oleh Puan Liza Idris ini memang unik dari lain. Ia boleh dikatakan gabungan masakan kampung dan barat. Jika ada yang mahu mencuba, mari ikuti perkongsian oleh beliau di bawah.

Baca juga: Resipi Daging Paprik Yang Padu, Confirm Tak Makan Dekat Kedai Dah

RESIPI DAGING SALAI BLACK PEPPER

Bahan-bahan:

  • 250gram daging salai (boleh ganti dengan daging biasa)
  • 1/2 biji bawang besar (kisar kasar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar kasar)
  • 1 inci halia (kisar kasar)
  • 1 batang serai
  • 1 biji carrot
    1/2 biji cili benggala hijau dan kuning (boleh ganti cili hijau dan merah)
  • 1/2 biji bawang holland
  • 7 biji tomato cherry
  • 1/2 sudu besar lada hitam (ditumbuk)

Bahan-bahan sos:

  • 2 sudu besar kicap
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 5 sudu besar sos lada hitam

Cara memasak:

1. Tumbuk kasar 1/2 ulas bawang besar, 3 ulas bawang putih dan 1 inci halia. Boleh kisar saja lebih cepat dan pantas.

2. Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk atau dikisar tadi.

3. Kacau sampai naik bau dan letak serai yang diketuk dengan lesung tumbuk.

4. Apabila bahan tumis sudah kekuningan, masukkan daging salai. Kacau sebati.

5. Letak setengah sudu besar serbuk lada hitam yang ditumbuk. Letak sikit saja kalau tak makan pedas.

6. Masukkan semua bahan-bahan sos. Gaul sehingga rata. Tuangkan juga 2 cawan air. Kacau sekejap sehingga mendidih.

7. Kemudian, masukkan carrot dan kacau lagi. 

8. Apabila carrot sudah lembut, masukkan cili benggala, setengah biji bawang holland yang dipotong bulat dan tomato.

9. Akhir sekali, taburkan daun sup dan daun bawang jika ada. Baru lebih sedap!

10. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Liza Idris

Baca juga: Petua Hilangkan Bau Hamis Daging Kambing, Barulah Sedap Makan Lepas Siap Masak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN