resepi paprik daging

Kalau tiada idea nak masak apa untuk makan tengah hari atau makan malam, anda boleh cuba resepi paprik daging yang sangat menyelerakan ini.

Resipi perkongsian oleh Puan Murni Rahmat ini juga dikatakan ‘sebiji’ sama seperti makan di kedai masakan Thailand.

Lagi padu jika dimakan bersama telur dadar rangup. Ada dua lauk ini pun dah cukup, tak perlu banyak lauk! Jom lihat resipi penuh di bawah.

Baca juga: Resipi Tomyam Putih Asli Thai Tanpa Guna Pes Segera, Dijamin Hirup Kuah Sampai Licin!

RESEPI DAGING GORENG PAPRIK

Bahan-bahan:

  • Setengah kilogram daging (kalau liat, rebus dulu)
  • Sebiji bawang holland (potong dadu)
  • Sebiji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 sudu cili kering (rebus dan kisar)
  • 3 batang serai (potong kasar)
  • Seinci halia
  • 3 helai daun limau purut
  • Sedikit sos cili
  • Sedikit sos tomato
  • Kicap manis
  • Kiub ayam/cukup rasa/perasa

Cara memasak:

1. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili kering yang sudah dikisar sehingga naik bau dan pecah minyak.

2. Apabila bahan kisar sudah naik bau dan pecah minyak, boleh masukkan serai, halia dan daun limau purut. Kacau sebati.

3. Kemudian, masukkan daging dan biarkan sehingga ia empuk.

4. Tambahkan juga sos cili, sos tomato dan kicap manis. Gaul sehingga sebati.

5. Renehkan sekejap sehingga semua bahan mesra.

6. Akhir sekali, masukkan bawang holland, tomato dan daun saderi. Gaul lagi sehingga rata.

7. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

resepi paprik daging

Kredit resipi dan gambar: Murni Rahmat

Baca juga: Resipi Sup Daging Thai ‘Padu’, Masak Tanpa Guna Minyak & Tanpa Tumis

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN