resipi perapan ayam meraung

Biasanya kita selalu dengar resipi perapan daging harimau menangis. Tapi pernah tak dengar resipi perapan Ayam Meraung?

Kalau daging harimau menangis ini terkenal dengan kelembutan serta keempukan daging yang dicicah dengan cili, macam mana pula ayam meraung ini? Hah, kena cuba dahulu resipi perapannya baru tahu. 

Baca juga: Ini Rahsia Nak Buat Sos Pencicah Thai Sedap! Guna Resipi Ini

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, Nur Hamizah Bakhtiar ada berkongsikan resipi ini. Manalah tahu boleh cuba-cuba resipi perapan ini di rumah. Mari lihat cara penyediaannya di bawah. 


RESIPI PERAPAN AYAM MERAUNG

ayam meraung

Bahan-bahan perap (perap 3 jam):

  • 1-2 ekor ayam
  • Akar ketumbar
  • Bawang putih
  • Gula perang
  • Sos ikan
  • Kicap pekat
  • Lada sulah/hitam
  • Minyak

Cara-cara penyediaan bahan perap:

1. Kisar semua bahan dan lumur pada ayam. Perap sekurang-kurangnya 3 jam.

2. Perap dan simpan di chiller. Keluarkan 30 minit sebelum masak.

3. Untuk masak, panaskan non-stick pan, letak minyak sedikit. Bakar dengan api kecil.

Bahan-bahan sos:

  • Sos ikan
  • Air asam jawa
  • Perahan limau nipis
  • Gula kabung/nisan Thai
  • Serbuk cili kasar
  • Beras goreng
  • Daun ketumbar (cincang)
  • Akar ketumbar (cincang)
  • Cili padi (cincang)
  • Bawang merah (cincang)
  • Bawang putih (cincang)

Cara penyediaan sos: Bancuh semua bahan, perasakan.

ayam meraung


Selamat mencuba resipi perapan ini.

Sumber: Nur Hamizah Bakhtiar

Baca juga: Ayam Bakar Kewpie Cara Khairul Aming, Perap Guna 4 Bahan Je

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN