Pistachio sauce merupakan topping yang sentiasa menjadi pilihan ramai setiap kali ke kedai yogurt, llaollao.
Namun begitu, kadang-kadang rasa tak puas makan sebab sos yang diletakkan sedikit saja.
Kalau nak lagi puas, apa kata kita cuba buat sendiri sos pistachio di rumah. Makan dengan aiskrim pun ngam!
Jadi, mari kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Azlina Ina di bawah. Selamat mencuba!
Baca juga: Cara Buat Krim Coklat Homemade, Boleh Guna Untuk Macam-Macam
RESIPI PISTACHIO SAUCE HOMEMADE
Bahan-bahan:
- 1 kg kacang pistachio
- 4 cawan minyak jagung
- 6 sudu besar emolco pistachio (optional)
- 1 kg white chocolate beryls (optional)
Cara-cara:
1. Bakar kacang pistachio di dalam oven. Bakar tak perlu garing.
2. Kemudian, kisar halus kacang pistachio menggunakan chopper atau grinder. Lagi halus kacang, lagi pekat pes.
3. Apabila sudah siap dikisar, tuangkan ke dalam bekas.
4. Tambahkan 4 cawan minyak jagung (tak kisah jenis cawan apa). Kacau sehingga sebati.
5. Kemudian masukkan 6 sudu besar emolco pistachio sedikit demi sedikit. Emolco ini bertujuan supaya bau pistachio lebih kuat dan wangi. Jika tidak letak emolco, sos akan kurang bau.
6. Kalau lagi sehingga semuanya sebati.
7. Jika mahu dijadikan sos untuk aisrim atau yogurt, campurkan pes tadi bersama 1 kg white chocolate yang sudah dicairkan (double boil). Ini bertujuan supaya sos lebih manis.
8. Untuk campuran cheese, tak perlu menggunakan white chocolate sebab tak nak manis.
Selamat mencuba!
Kredit: Azlina Ina Fans
Baca juga: Aiskrim Vanilla Homemade Ala Sundae McD, Guna 3 BAHAN Ikut Resipi Ini