aiskrim vanilla homemade

Anak-anak selalunya memang minat betul dengan aiskrim vanilla. Kadang-kadang beli sekotak kecil pun dah berapa Ringgit kan?

“Musim panas ni memang terasa nak makan aiskrim je. Kalau beli sorang satu mesti tak cukup kalau dapat kat budak-budak ni.”

Sebenarnya mudah sangat nak buat aiskrim vanilla ni. Tak perlu peralatan canggih, cuma menggunakan mixer atau blender tapi tetap menghasilkan tekstur aiskrim yang lembut dan lazat macam yang dibeli dekat McD.

Baca juga: 4 Resipi Aiskrim Malaysia Alaf Baru Yang Korang Boleh Cuba, Anak-anak Mesti Suka!

Malah bukan budak-budak saja yang gemarkan aiskrim, kita yang dewasa pun mesti sama-sama teruja bila dapat menikmati aiskrim yang dingin, lemak berkrim dan lembut teksturnya.

Jom tengok resipi aiskrim vanila homemade yang dikongsikan oleh Cik Puan Jaja Noriza ini.


RESIPI AISKRIM VANILLA HOMEMADE

aiskrim vanilla

Bahan-bahan:

  • 1 mug Non dairy whipping cream
  • 1/2 cawan susu pekat
  • Esen creamy vanilla

Cara-cara membuat:

1. Mix whip cream sampai kembang.

2. Kemudian, masukkan susu pekat dan esen vanilla. Mix lagi sekejap dan siap.

3. Masuk dalam bekas dan simpan dalam peti ais.

4. Jika nak ada perisa, boleh tambah je dalam bancuhan sebelum siap mixer.

5. Nak makan hias la dengan hiasan ikut citarasa masing-masing. Sedia dinikmati.


Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Aiskrim Viral Ala Magnum, Sedap Macam Beli Kedai

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN