resepi terung

Banyak resepi terung yang kita boleh cuba. Contohnya adalah terung bakar santan, terung goreng berlada, terung sambal dan sebagainya.

Sayur terung ini dimasak dengan apa pun pasti sedap. Selain terung sambal, sedap juga jika dibuat terung goreng garlic chili oil atau minyak cili bawang putih.

Kalau ada yang nak cuba resipi terung lain dari lain, mari kita ikuti perkongsian oleh Fienaz Shafie di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Terung Bakar Santan Yang Mudah & Sedap, Aromanya Pasti Memikat!

RESEPI TERUNG GORENG GARLIC CHILI OIL

Bahan-bahan:

  • Terung
  • Tepung tempura

Bahan garlic chili oil:

Cara-cara:

1. Cuci bersih terung. Kemudian belah kepada dua bahagian.

2. Salut terung dengan tepung tempura dan gorengkan sekejap. Angkat dan toskan terung.

3. Tumbuk kasar bawang putih, cili padi merah, cili padi hijau dan cili merah besar. Kaup dan letak di dalam mangkuk.

4. Masukkan pula bijan putih, garam, gula, kicap manis dan minyak masak panas ke dalam mangkuk berisi bahan tumbuk tadi.

5. Gaul sebati semua bahan. Kemudian curahkan ke atas terung yang sudah digoreng tadi. Selamat mencuba!

resepi terung

Kredit resipi dan gambar: Fienaz Shafie

Baca juga: Cara Buat Kerepek Terung Rangup Untuk Kudapan, Anak-Anak Makan Berebut!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN