Resepi Sambal tempe penyet ini wajib dicuba oleh peminat tempe. Rasanya yang pedas dan manis pasti dapat memikat hari anda!
Tempe yang digoreng begitu sahaja pun sudah cukup sedap, apatah lagi jika digaul dengan sambal penyet seperti ini.
Menu ini bukan saja sedap, malah sangat jimat sementara tunggu hari gaji kerana tidak menggunakan banyak bahan.
Cara penyediaannya juga cukup mudah. Anda hanya perlu menggoreng tempe dan bahan-bahan sambal, kemudian tumbuk dan gaul sehingga sebati.
Baca juga: Resipi Tempe Goreng Berempah Rangup, Cicah Sambal Kicap Memang Wow!
RESEPI SAMBAL TEMPE PENYET
Bahan-bahan:
- Tempe
- 2 ulas bawang putih
- 4 biji bawang merah
- Segenggam cili padi
- Sebiji tomato
Cara-cara:
1. Hiris nipis tempe dan goreng sehingga keperangan. Goreng kosong saja tanpa letak apa-apa.
2. Goreng bawang putih, bawang merah, cili padi dan tomato sehingga layu.
3. Kemudian tumbuk bahan-bahan yang sudah digoreng tadi. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Boleh tumbuk manja atau tumbuk kasar, terpulang pada selera masing-masing.
4. Tumbuk juga tempe yang sudah digoreng tadi. Tumbuk kasar saja.
5. Satukan tempe dan sambal yang sudah ditumbuk tadi. Gaul sebati dan sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Yannie Efendi
Baca juga: Resipi Sambal Tempe Ikan Bilis & Kacang, Ratah Pun Sedap Sampai Tak Sedar Habis 1 Bekas