nasi goreng kimchi

Disebabkan demam ‘Korea’ ini, apa kata buat sendiri Nasi Goreng Kimchi. Memang lagi nikmat nak makan sambil layan K-drama. Asyik makan di restoran sahaja, mesti penat nak drive dan keluar belanja banyak kan? 

Bagi peminat makanan Korea, tentunya tahu yang kimchi ini ada rasanya tersendiri, rasa masin dan pedas memang kegemaran rakyat Korea.

Baca juga: Selalu Tengok K-Drama? Ini 7 Makanan Korea yang Korang Patut Cuba

Bukan itu sahaja, ia juga dibuat dengan kubis cina dan diperap sehingga masak sebelum dimakan. Bahan-bahan utama untuk kimchi ialah garam kasar, epal atau pear, serbuk cili, bawang putih, halia, sos ikan, dan banyak lagi.

Kimchi mempunyai satu bau, mungkin yang tidak pernah makan akan kata busuk tapi itu bau yang diperap seperti dijeruk. Ikuti resipi yang dikongsi oleh Cik Puan Nur Anny Sofia ini. 


RESIPI NASI GORENG KIMCHI

nasi goreng kimchi

Bahan-bahan:

  • Bawang putih – cincang halus
  • Daun bawang
  • Cili padi – optional kalau nak pedas
  • Daging/ayam – dipotong kecil
  • Sosej – potong bulat2
  • Kimchi – potong halus2
  • Soy Sauce – 1 sudu besar
  • Sos gochujang – 2 sudu besar
  • Telur – 2 biji
  • Gula – 1 sudu besar
  • Nasi sejuk

Cara-cara memasak:

1. Panaskan kuali dan minyak masak. Kemudian, masukkan bwg putih,tumis sampai wangi.

2. Masukkan daging/ayam dan kacau seketika. Biar separa masak dan jangan sehingga garing.

3. Gaulkan seketika dan masukkan cili padi dan kimchi. Masa ini kena masak kimchi betul-betul biar airnya tersejat. nanti nasi tak rasa masam sangat.

4. Bila kimchi dah agak masak, masukkan gochujang dan soy sauce, kemudian letak gula. Kacau dulu lepas itu masukkan sosej, bagi ia masak dulu. Lepas itu tambah garam sedikit je, nanti nasi goreng masin sebab kimchi dan soy sauce dah masin.

5. Kemudian, barulah masukkan nasi and telur yang dipecahkan di tengah-tengah nasi. Goreng nasi seperti biasa. Dah siap, boleh letakkan telur goreng mata atas nasik dan tabur daun bawang. Nak lagi sedap letak seaweed flakes.

6. Sedia untuk dihidang.


Selamat mencuba resipi Nasi Goreng Kimchi ini yeorubon~ Bolehlah fefeeling heroin dalam K-drama. Hiks.

Baca juga: Resipi Roti Bakar Bulgogi Ayam Ala Korea

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN