Jom cuba resepi rendang ayam simple ini. Dijamin hasil masakan akan menjadi sangat sedap! Kuahnya juga wangi semerbak kerana menggunakan bahan-bahan rempah ratus yang segar, dikisar halus dan ditumis sehingga masak dengan sempurna. Dicampur pula dengan hirisan daun kunyit yang menambahkan lagi keistimewaan rasa pada rendang ini.
Kalau nak rendang yang lebih ‘berlemak, pastikan anda guna santan fresh dari kelapa. Di pasar ada jual santan segar yang sudah diperah pada harga yang berpatutan. Sesuai dihidangkan bersama ketupat palas atau ketupat nasi pada sambutan Hari Raya nanti. Selamat mencuba!
Baca juga: Petua Rebus Nasi Impit Jimat Gas, Hasil Sama Macam Rebus 3 Jam. Tak Guna ‘Pressure Cooker’ Pun!
RESEPI RENDANG AYAM SIMPLE SUKATAN 1/2 EKOR AYAM
Bahan-bahan:
- ½ ekor ayam – dipotong
- 1 kotak kecil santan kecil jenama ‘ayam brand’
- 2 peket kecil kerisik
- 5 helai daun limau purut
- 1 ½ sudu besar gula pasir
- ½ sudu besar garam
- 1 sudu kecil serbuk perasa
- 1 keping asam gelugor
- 3 helai daun kunyit – hiris halus
- 1 ½ cawan air
Bahan kisar:
- 15-18 tangkai cili kering – rendam dengan air panas dan toskan
- 2 biji bawang besar
- 6-7 ulas bawang putih
- Halia – 2 sebesar ibu jari
- Lengkuas – sebenar iibu jari
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 4 batang serai
- 1 cawan minyak masak
Cara-cara memasak:
1. Kisar halus semua bahan-bahan kisar. Kisarkan cili dan minyak masak terlebih dahulu, kemudian baru masukkan bahan lain sedikit demi sedkit.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali. Tak perlu menumis kerana kita dah kisar bahan-bahan kisar menggunakan minyak masak.
3. Masukkan gula, garam, bahan perasa, asam keping, kerisik dan daun limau purut. Masak sehingga benar-benar naik minyak dan pes rendang masak elok. Ini petua supaya rendang tahan lama. Jika nak kisar gula air pun boleh, tetapi pastikan tumis bahan kisar tadi sehingga naik minyak.
4. Kemudian masukkan santan dan air.
5. Bila dah mendidih, masukkan ayam.
6. Apabila ayam hampir lembut, taburkan daun kunyit dan biarkan kuah pekat. Kacau sesekali.
7. Bila kuah dah pekat, sesuaikan rasa dan sesuaikan rasa.
8. Boleh cedok dan buang lebihan minyak dalam rendang.
Kredit: Mariana Zainal
Baca juga: Cara Buat Ketupat Guna Daun Pisang, Lagi Mudah Nak Bungkus!