puding pisang pandan

Jom buat Puding Pisang Pandan hari ini. Kalau ada lebihan pisang dekat rumah tak perlu runsing lagi dah. Bosan juga kalau asyik makan pisang goreng, pengat pisang, cekodok pisang. Kali ni kita cuba tukar menu kepada puding pisang pula!

Dengar macam pelik kan. Sedap ke puding pisang  campur pandan ini nanti. Itu memang wajiblah rasa dulu baru boleh tahu sedap atau tidak.

Baca juga: Puding Oren Karamel Saiz Cawan, Guna Kordial F&N Je, Memang Sedap!

Kita ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Norhayati Basri ini. Katanya, beliau juga mengikuti resipi asal dari Mr. Ali dan rasanya memang sedap. 

Cumanya beliau menggunakan agar-agar serbuk dimana resipi asalnya menggunakan agar-agar tali. Tapi di akhir persiapan puding ini, rasanya tetap sama. Jom cuba!


RESIPI PUDING PISANG PANDAN

puding pisang pandan

Saiz loyang: 8 inci

Bahan-bahan lapisan putih: 

  • 9g agar agar serbuk
  • 3 setengah cawan air
  • 80 gram gula
  • 150 gram susu segar
  • 3-4 biji pisang 

Bahan-bahan lapisan hijau:

  • 9g agar agar serbuk
  • 3 cawan air
  • 3 helai daun pandan + 1 cawan air. = Kisar halus
  • 70 gram gula
  • 5-6 biji pisang yang sudah dilenyek2.
  • 2 titik pewarna hijau
  • 130g susu cair

Cara membuat lapisan putih: 

1. Potong nipis- nipis 3-4 pisang dan letak dalam loyang. Susun ikut kreativiti anda dan setkan dalam peti selama sejam.

2. Sementara itu letakkan 3 setengah cawan air dan 9 gram agar agar tali.

3. Biarkan mendidi baru masukkan 80 gram gula

4. Bila gula dah larut , masukkan 150 gram susu segar.

5. Kacau sebati dan biarkan mendidih dalam masa 1-2 minit.

6. Tutup api dan tunggu kira-kira 3-4 minit baru tuangkan ke atas pisang yang dah dipotong nipis tadi. Kena tuang rendah dan perlahan lahan tau. Baru pisang tak bergerak dan timbul.

7. Biarkan lapisan tadi mengeras, means letak je dekat luar dalam masa 20 minit dia akan mengeras. Nak cepat mengeras boleh terus letak dalam peti.

Cara membuat lapisan hijau: 

1. Masukkan 3 cawan air dan 9 gram agar agar tali.

2. 3 helai daun pandan + 1 cawan air ini dikisar halus. (Ini blend awal tau)

3. Dah mendidih masukkan 70 gram gula.

4. Bila gula dah larut masukkan air pandan yang sudah dikisar tadi. Kacau sekejap dan masukan dua – tiga titik pewarna hijau. Boleh skip pewarna kalau tak nak.

5. Kacau sebati dan biarkan ia mendidih. Dah mendidih masukkan 5-6 biji pisang yang sudah dilenyek. Kacau dalam 30 saat kemudian tutup api.

6. Keluarkan lapisan putih tadi. Cucuk-cucuk permukaan putih agar agar tadi dengan garpu agar lapisan melekat. Baru masukan perlahan lahan lapisan hijau tadi.

7. Biarkan ia mengeras suhu bilik selama 30-40 minit baru masukkan dalam peti.

8. Setkan dalam peti selama 3-4 jam dan dah boleh makan. 


Wah! Resipi ringkas je tapi nampak mewah betul! Kalau dijadikan menu di hotel bertaraf lima bintang sudah tentu harga menjadi mahal.

Nak buat puding pisang pandan ini, kena pilih pisang yang betul. Sebaiknya gunakan jenis pisang nangka sebab rasanya yang lebih sedap dan sesuai untuk dimakan begini.

Selamat mencuba! 

Baca juga: Puding Gula Hangus Mini, Mudah Dan Senang Nak Makan, Buat Stok Banyak Pun Laku!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN