Jom cuba resipi sup tepung ini. Resipi yang dikongsikan oleh Puan Ahmad Musliha.
Menurutnya, anak-anak asyik minta buatkan kerana menu ini menepati cita rasa mereka.
Maklumlah, anak-anak ni kalau bab makan memang cerewet sikit. Kalau dah suka, maknanya makanan tu sedap.
RESIPI SUP TEPUNG KEGEMARAN ANAK-ANAK
Bahan-bahan:
- Tepung gandum*
- Air untuk menguli*
- Minyak masak sedikit*
- Garam*
- Bawang putih 4 ulas
- Seinci halia
- Isi ayam/udang/fishball
Cara-cara:
- Satukan bahan-bahan bertanda (*) iaitu tepung gandum, air, sedikit minyak masak dan garam.
- Uli semua bahan sehingga doh lembut dan tak melekat pada tangan. Perap seketika dalam 30 minit.
- Untuk membuat sup, tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak.
- Bila tumisan sudah wangi, masukkan ayam, udang atau fishball mengikut selera masing-masing.
- Kemudian tuangkan air mengikut kuantiti yang disukai.
- Bila sup dah mendidih, kecilkan api.
- Ambil doh tepung tadi, cubit sedikit doh selepas itu tarik sedikit sampai menjadi kepingan nipis. Masukkan ke dalam sup. Lagi nipis lagi sedap.
- Ulang sampai doh tepung habis.
- Perasakan dengan garam dan ajinamoto.
- Boleh juga letakkan sayur sawi, lobak merah atau daun sup.
- Bila tepung dah masak, boleh tutup api dan makan panas-panas.
Info: Kalau nak sup lebih pekat, masukkan sedikit bancuhan tepung gandum dan air. Tuang ke dalam sup yang sedang mendidih.
Kredit: Ahmad Musliha