cucur kucai rangup

Untuk juadah minum petang, sedapnya kalau dapat makan cucur kucai rangup di luar lembut di dalam.

Lagi-lagi bila di dapur ada banyak lagi sayur kucai, bolehlah masukkan daun kucai secukup. Jom kita buat cucur kucai dengan resipi mudah oleh Umi Watie.

Baca juga: Cucur Manis Bulat-bulat Sempurna, Tambah 1 Bahan Ini Untuk Rangup Di Luar

RESIPI CUCUR KUCAI RANGUP

Bahan-bahan:

  • ¼ cawan tepung gandum
  • ¾ cawan air panas yang mendidih
  • 2 cawan tepung gandum
  • Daun kucai secukupnya | dihiris
  • Udang (ikut suka nak banyak mana)
  • Lobak merah | diparut
  • Bawang merah | dihiris
  • Garam
  • 1 cawan air

Cara-cara:

1. Mula-mula kita buat bahan asas dulu. Bancuhan Tang Zhong kalau untuk buat roti tu. Nanti roti kita lembut tanpa bahan pelembut.

2. Campurkan 1/4 cawan tepung gandum dan 3/4 cawan air panas menggelegak. Air panas tadi jangan masuk semua sekali. Tuangkan sedikit demi sedikit. Adunan akan jadi bergentel selepas dimasukkan air panas. Kiranya kita masak tepung gandum tu.

3. Bila dah siap bahan asas, masukkan tepung gandum, daun kucai, udang, lobak merah ikut selera, bawang merah dan garam untuk perasa.

4. Masukkan juga air biasa dalam 1 cawan.

5. Gaulkan sehingga semuanya sebati, dah siap. Rehatkan sekejap selama 5 minit.

6. Panaskan minyak dan goreng sampai kekuningan.

cucur kucai rangup

Kredit: Umi Watie

Baca juga: Resipi Cucur Udang Gebu Gebas, Ada Petua Supaya Tak Serap Banyak Minyak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN