cara masak sagu

Tak semua tahu cara masak sagu dengan betul. Kalau tak sengaja masuk air lebih, hasilnya akan masih ada biji-biji sagu dan melekat-lekat.

Buat anda yang masing gagal setiap kali buat sagu, ada cara mudah yang boleh membantu.

Katanya bukan saja sagu nampak cantik sebijik-sebijik, tapi mampu tahan lama dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 minggu.

Baca juga: Petua Masak Nasi Basmathi Elok & Berderai, Rendam Guna 1 Bahan Ini

Cara Masak Sagu Cantik Sebiji-Biji

Menerusi perkongsian dari Aisya Humaira, beliau bekongsikan tips masak sagu berbintik cantik dan tak melekat dengan cara ini.

Caranya:

1. Didihkan air sehingga betul-betul menggelegak baru masukkan sagu dalam periuk. Air mesti lebih dari sagu. Sesekali kacau untuk elak dari sagu berketul.

2. Setelah sagu bertukar jernih iaitu warna putihnya dan dah hilang angkat periuk, tuang sagu dalam bakul lalu bilas dengan air biasa untuk buang kanjinya. Pastikan guna bakul jaring halus supaya sagu tidak terkeluar dari bakul.

3. Simpan sagu dalam bekas dan tuang air sejuk hingga menutupi sagu. Lalu tutup kemas dan simpan dalam peti, boleh tahan 1-2minggu.

Kredit: Aisyah Humaira

Baca juga: Tips Simpan Cili Supaya Tahan Lama, 8 Bulan Pun Masih Segar

Jom Buat Sendiri Tauhu Telur Homemade. Dijamin Sedap, Bersih & Halal

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN