Ayam masak cili api antara menu makan malam yang sesuai untuk penggemar hidangan pedas. Rasa pedas yang menyengat menjadikan lauk ini lebih menyelerakan, terutama bagi mereka yang suka mencuba hidangan dengan rasa yang kuat.
Hidangan ini juga mempunyai gabungan rasa yang seimbang dengan sedikit rasa manis dan masin. Setiap suapan menawarkan kelazatan rencah yang menyelaputi ayam, ditambah pula dengan kentang yang lembut di dalam dan rangup di luar.
Jika anda mencari idea lauk untuk makan malam, ayam masak cili api boleh dijadikan pilihan untuk hidangan keluarga. Resipi ini juga sesuai untuk mereka yang mahu menikmati lauk pedas dengan cara penyediaan yang tidak terlalu rumit.
Baca juga: Rahsia Ayam Masak Kicap Berkuah Pekat Melikat, Gaul Dengan Nasi Panas Memang Layan!
RESIPI AYAM MASAK CILI API

Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam atau mengikut kuantiti
- 3 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 biji kentang
- 15–20 biji cili padi atau mengikut tahap kepedasan
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap
- 1 biji bawang holland
- Garam atau perasa secukupnya
- Sedikit gula
- Minyak masak secukupnya
- Air secukupnya
Cara penyediaan:
- Panaskan minyak dan goreng ayam serta kentang sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Kurangkan minyak dalam kuali dan tinggalkan kira-kira 3–4 sudu besar.
- Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
- Masukkan air, sos tiram, kicap, garam dan sedikit gula. Gaul sehingga semua bahan sebati.
- Masukkan ayam dan kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata supaya rencah meresap pada ayam dan kentang.
- Masukkan bawang Holland yang telah dipotong dan masak sehingga layu.
- Setelah semua bahan sebati dan kuah mencapai kepekatan yang diingini, tutup api.
- Ayam pedas kentang siap untuk dihidangkan!
Sumber: Threads @capijaaaaaaa
Baca juga: Cara Simpan Ayam Goreng Kunyit Untuk Stok Seminggu, Balik Kerja Terus Boleh Masak
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

