Bosan dengan menu ayam yang dimasak dengan cara sama? Apa kata cuba pula resipi ayam masak lengkuas yang mempunyai gabungan rasa pedas, masam dan lemak. Hidangan ini sesuai untuk mereka yang gemarkan lauk berkuah dengan rasa rempah yang lebih menyerlah.

Menariknya, lauk ini mempunyai rasa yang seimbang dan tidak terlalu muak apabila dimakan. Kuahnya pula tidak terlalu berat, dengan sedikit rasa masam yang memberikan kelainan berbanding masakan ayam bersantan yang biasa.

Resipi ayam masak lengkuas ini boleh dijadikan pilihan untuk menu makan tengah hari atau makan malam bersama keluarga. Cara penyediaannya juga tidak rumit dan bahan-bahannya mudah didapati. 

Baca juga: Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

RESIPI AYAM MASAK LENGKUAS

ayam masak lengkuasBahan-bahan:

  • Ayam secukupnya
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 biji bawang merah dihiris
  • Sedikit santan
  • Sedikit air
  • Jus daripada 2 biji limau
  • Daun limau purut secukupnya
  • 1 sudu kecil gula melaka
  • 1 sudu kecil perasa

Bahan kisar:

  • 4–5 ulas bawang merah
  • 5 batang cili merah
  • 6 batang cili padi
  • 1 inci halia
  • 3 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup (boleh ganti dengan 1 sudu kecil serbuk kunyit)
  • 2 batang serai
  • 3 biji buah keras

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan tumis serai yang diketuk bersama bawang merah yang dihiris sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam dan gaul rata bersama bahan tumisan. Masak sehingga ayam empuk dan masak sepenuhnya.
  4. Tuangkan sedikit santan dan air. Kacau rata dan biarkan kuah mendidih.
  5. Masukkan jus limau, daun limau purut, gula melaka dan perasa.
  6. Gaul sebati dan masak seketika sehingga kuah mencapai kepekatan yang diinginkan. Sedia untuk dihidangkan!

Sumber: Threads @jomhidang

Baca juga: Ayam Masak Ketumbar Cili Padi, Masak Sampai Naik Bau Memang Buat Bertambah Nasi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending