Chicken mushroom soup tak semestinya perlu dibeli dalam tin kerana anda boleh menyediakannya sendiri di rumah. Selain menggunakan bahan yang lebih segar, rasanya juga lebih enak dan boleh disesuaikan mengikut citarasa. Kuah berkrim bersama ayam dan cendawan menjadikan hidangan ini lebih mengenyangkan.
Hidangan ini sesuai dinikmati bersama roti baguette yang dipanggang atau roti kosong. Tak perlu lauk tambahan, cukup sekadar mencicah roti ke dalam kuah untuk makan malam yang ringkas.
Jika ada lebihan, simpan sahaja di dalam peti sejuk untuk sarapan keesokan harinya. Malah, rasanya lebih sebati selepas disimpan semalaman dan dipanaskan semula. Lebih jimat dan berbaloi berbanding membeli sup dalam tin!
Baca juga: Resepi Creamy Mushroom Soup Dengan Ayam & Jagung, Anak Tak Cukup Semangkuk!
RESIPI CHICKEN MUSHROOM SOUP HOMEMADE
Bahan-bahan:
- 1 biji bawang holland, dipotong dadu
- Cendawan shiitake
- Cendawan butang
- 500g ayam kisar
- 4 ulas bawang putih, dicincang
- 1 sudu besar mentega
- 1 kotak kecil cooking cream
- 2 sudu kecil garam
- 1 sudu lada hitam
- 1 sudu kecil oregano
- Sedikit air
- Sedikit perasa
Cara penyediaan:
- Panaskan kuali dan tumis bawang Holland bersama cendawan shiitake hingga layu.
- Masukkan garam, lada hitam dan bawang putih. Kacau hingga naik bau.
- Tuangkan cooking cream dan sedikit air. Gaul rata sebelum ditutup api.
- Dalam kuali berasingan, cairkan mentega dan tumis cendawan butang.
- Masukkan ayam kisar dan masak hingga ayam berubah warna.
- Tuangkan bahan tumisan cendawan dan cooking cream yang disediakan tadi.
- Tambahkan oregano, garam dan sedikit perasa. Kacau hingga semua bahan sebati dan masak sempurna.
Sumber: Threads @aidahjaafar06
Baca juga: Resipi Spageti Karbonara Homemade, Tak Perlu Guna Sos Segera Pun Tetap ‘Creamy’!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

