Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah ketika masih panas. Lebih-lebih lagi jika sedang menunggu suami pulang kerja dan mahu menyediakan hidangan yang menyelerakan untuk dinikmati bersama keluarga.

Penggunaan periuk claypot membantu mengekalkan haba supaya sup kekal panas lebih lama. Jadi, anda tidak perlu risau jika sup sudah siap dimasak tetapi suami masih belum sampai di rumah. Kuahnya juga boleh dinikmati panas-panas untuk rasa yang lebih memuaskan.

Sementara menunggu, anda boleh menguruskan kerja lain tanpa perlu terlalu kerap memanaskan semula sup. Resipi ini juga sesuai dijadikan pilihan hidangan keluarga, terutama ketika cuaca sejuk atau hujan. Dengan teknik memasak yang betul, anda boleh menikmati sup ayam berkuah yang panas dan berperisa di rumah.

Baca juga: Resipi Sup Tofu Pecah Telur, Hirup Kuah Panas-Panas Memang Tak Puas Semangkuk!

CARA MASAK SUP AYAM CLAYPOT

cara masak sup ayamBahan-Bahan:

  • 500 g ayam, dipotong kecil
  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2–3 batang akar ketumbar
  • 1 sudu kecil lada hitam biji
  • 1.5 liter air
  • 1 sudu kecil garam kasar atau secukup rasa
  • 1 sudu kecil perasa sup (pilihan)

Cara Penyediaan:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan akar ketumbar sehingga layu dan naik bau.
  2. Masukkan ayam dan masak sehingga isinya menjadi pejal. Biarkan minyak dan jus daripada ayam keluar untuk menghasilkan kuah sup yang lebih berperisa.
  3. Masukkan lada hitam biji dan air. Biarkan kuah mendidih.
  4. Masukkan garam kasar secukup rasa. Jika suka, tambahkan perasa sup pilihan untuk menyedapkan kuah.

Tips: Gunakan periuk yang mampu menyimpan haba dengan baik supaya sup kekal panas lebih lama. Periuk jenis ini juga membantu kentang cepat empuk jika ditambah ke dalam sup. Gunakan api sederhana atau kecil kerana periuk mudah menjadi panas.

Sumber: Threads @ghumah306

Baca juga: Resepi Sup Telur Kentang Simple, Tumis & Hirup Panas-Panas Memang Nikmat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending