Resepi nasi goreng daging ini boleh menjadi pilihan menarik untuk makan malam, terutama apabila tiba hujung minggu. Nasi goreng daging shabu-shabu ini nampak mewah, tetapi sebenarnya mudah sahaja disediakan di rumah.
Menariknya, hidangan ini tidak memerlukan banyak bahan atau langkah penyediaan yang rumit. Penggunaan daging shabu-shabu memberikan kelainan pada nasi goreng biasa kerana hirisannya yang nipis dan cepat masak. Dengan bantuan perencah nasi goreng, anda juga tidak perlu bersusah payah menyediakan pelbagai bahan untuk menghasilkan hidangan yang menyelerakan.
Untuk hasil yang lebih sedap, gunakan nasi putih yang telah disejukkan supaya teksturnya kekal elok ketika digoreng. Taburan daun sup atau daun bawang pula menambahkan aroma segar pada hidangan. Ringkas, tetapi cukup istimewa untuk menikmati makan malam yang berbaloi sebelum memulakan minggu baharu!
Baca juga: Suami Kongsi Resipi Nasi Goreng Isteri Paling Sedap Di Dunia, Sampai Bagi Rating 10000000/10!
RESEPI NASI GORENG DAGING SHABU-SHABU

Bahan-bahan:
- 2 mangkuk nasi putih
- 3 ulas bawang putih
- 1 paket kecil perencah nasi goreng
- 2 biji telur
- 150 g daging shabu-shabu
- 1 sudu besar minyak masak
- 1 sudu besar daun sup atau daun bawang (dihiris)
Cara penyediaan:
- Ketuk bawang putih hingga sedikit hancur. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan perencah nasi goreng dan gaul rata.
- Pecahkan telur ke dalam kuali, kemudian masukkan daging shabu-shabu. Kacau sehingga telur dan daging masak.
- Masukkan nasi putih dan gaul sehingga semua bahan sebati.
- Taburkan daun sup atau daun bawang yang telah dihiris. Gaul sebentar dan sedia untuk dihidangkan.
Sumber: Threads @hidayah.mohtar
Baca juga: Masak Nasi Goreng Cili Kering, Resipi Legend Air Tangan Emak Yang Simple Tapi Sedap
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

