Resipi teh tarik kaw ini sesuai untuk peminat air teh yang suka rasa pekat, berlemak dan manis seperti di kedai mamak. Menariknya, minuman ini hanya menggunakan empat bahan utama dan boleh dibuat sendiri di rumah dengan mudah.

Tak perlu guna serbuk teh khas, cukup dengan uncang teh yang biasa ada di dapur. Teh dimasak dalam periuk sehingga warnanya menjadi gelap sebelum dicampurkan dengan susu cair dan susu pekat untuk menghasilkan rasa yang lebih berlemak.

Sukatan susu pula boleh diubah mengikut cita rasa masing-masing. Kalau suka manis, tambahkan sedikit susu pekat. Kalau gemarkan rasa teh yang lebih kuat, pastikan bancuhan teh cukup pekat sebelum susu dimasukkan.

Baca juga: Resipi Air Coconut Shake Guna Isi Kelapa Tua, Memang Tak Kalah… Sedap Macam Di Gerai!

RESIPI TEH TARIK KAW

teh tarik kaw

Bahan-bahan:

  • 5–6 uncang teh
  • Air secukupnya
  • Susu cair secukupnya
  • Susu pekat secukupnya
  • Secubit garam

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan air ke dalam periuk dan tambahkan uncang teh.
  2. Biarkan teh mendidih sehingga airnya bertukar warna gelap dan menghasilkan bancuhan yang pekat.
  3. Masukkan susu cair, susu pekat dan secubit garam. Kacau sehingga semuanya sebati.
  4. Laraskan jumlah susu pekat mengikut tahap kemanisan yang disukai.
  5. Teruskan memasak sehingga bancuhan mendidih, kemudian tutup api.
  6. Tuangkan ke dalam cawan dan hidangkan ketika masih panas.

Tip: Gunakan bancuhan teh yang cukup pekat supaya rasa teh tidak tenggelam selepas dicampurkan dengan susu. Jika suka teh tarik yang lebih manis dan berlemak, tambahkan susu pekat sedikit demi sedikit sehingga mencapai rasa yang diinginkan.

Sumber: Ally Vlog

Baca juga: Resipi Air Kundur Kegemaran Rakyat Malaysia, Rupanya Mudah Saja Nak Buat Sendiri Di Rumah!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending