Nasi goreng paling sedap bagi lelaki ini bukanlah yang dibeli di restoran, tetapi nasi goreng air tangan isterinya sendiri. Menerusi perkongsian Encik Fazrul di laman sosial Thread, dia mengakui nasi goreng yang dimasak isterinya sangat sedap sehingga menjadi pilihan setiap kali ditanya mahu makan apa.

Perkongsian tersebut turut menarik perhatian ramai apabila Encik Fazrul memuji masakan isterinya dan memberikan rating 10000000/10. Disebabkan ramai yang meminta resipi, dia kemudian berkongsi bahan-bahan yang digunakan isterinya.

Menariknya, resipi nasi goreng ini tidak menggunakan bahan yang susah dicari. Cili hijau, ikan bilis, telur dan beberapa bahan asas sudah cukup untuk menghasilkan nasi goreng yang nampak ringkas tetapi menyelerakan.

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Nenas, Bahan Simple Tapi Gabungan Rasanya Memang Menjadi

RESIPI NASI GORENG PALING SEDAP

nasi goreng paling sedap

Bahan-bahan:

  • Cili hijau secukupnya
  • 1 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Ikan bilis secukupnya
  • 2 biji telur
  • Fishball secukupnya
  • Nasi secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara penyediaan:

  1. Tumbuk atau kisar cili hijau, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis hingga agak lumat.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau dan agak garing.
  3. Masukkan fishball yang telah dipotong dan goreng seketika.
  4. Pecahkan telur ke dalam kuali dan kacau bersama bahan tumisan sehingga telur masak.
  5. Masukkan nasi yang telah digaul dengan sedikit garam. Gaul dan goreng sehingga semua bahan sebati.
  6. Perasakan dengan serbuk perasa secukupnya. Kacau lagi dan masak sehingga nasi goreng betul-betul sebati serta cukup rasa.
  7. Angkat dan hidangkan panas-panas.

Sumber: Thread @fazrulll_

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Tomyam Ini Buat Wangi Satu Dapur, Baru Hidang Sekejap Terus Licin!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending