Sayur goreng campur boleh dijadikan pilihan untuk melengkapkan hidangan harian, terutama apabila terdapat lebihan sayur di dalam peti sejuk. Daripada membiarkan sayur layu dan rosak, gunakan bahan yang masih elok untuk menyediakan hidangan yang menyelerakan.

Resipi ini juga sesuai diolah mengikut bahan yang tersedia di rumah. Bebola daging boleh digunakan sebagai tambahan, tetapi udang, sotong, atau ayam juga boleh menjadi pilihan. Dengan cara ini, lebihan bahan mentah dapat dimanfaatkan tanpa perlu membeli banyak bahan baharu.

Bagi penggemar makanan pedas, tambahkan cili mengikut cita rasa masing-masing. Taugeh dan kucai pula memberikan tekstur yang berbeza dalam hidangan ini. Resipi ini sesuai untuk mereka yang ingin menyediakan lauk ringkas tanpa mengambil masa yang lama di dapur.

Baca juga: Kerabu Kerang Pucuk Paku Taugeh ‘Legend’! Resipi Kampung Ringkas, Tapi Rasa Luar Biasa

RESIPI SAYUR GORENG CAMPUR

sayur goreng campur

Bahan-bahan: 

  • 15–20 biji bebola daging
  • Lebihan taugeh dan kucai secukupnya
  • 2 biji telur
  • 3 ulas bawang putih, dicincang
  • 3–5 biji cili merah atau cili padi
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • Garam dan gula secukup rasa (pilihan)
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit air jika suka berkuah

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili dan bebola daging. Goreng seketika.
  3. Tambahkan sos tiram dan sedikit air jika mahu berkuah. Biarkan mendidih.
  4. Pecahkan telur ke dalam kuali dan kacau perlahan sehingga telur masak berketul.
  5. Masukkan taugeh dan kucai. Gaul sekejap supaya sayur kekal rangup.
  6. Perasakan dengan serbuk lada sulah, garam, dan sedikit gula jika perlu.
  7. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Threads @klasikbitesbyziha

Baca juga: Tips Taugeh Tahan Lama & Kekal Rangup, Berminggu Pun Tak Hitam!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending