cucur kucai

Kalau teringin nak makan cucur kucai, resipi ini memang paling mudah dan cepat untuk disediakan. Teksturnya rangup di luar, lembut di dalam, ditambah dengan rasa udang geragau yang wangi, memang buat kudapan ini bertambah sedap dan menyelerakan.

Bahan-bahan yang digunakan pun sangat ringkas dan mudah didapati. Cukup dengan tepung gandum, daun kucai, taugeh, bawang, cili kisar dan sedikit udang kering, sudah boleh hasilkan adunan yang sempurna. Bancuh dengan air sejuk dan biarkan seketika sebelum digoreng hingga keemasan.

Hasilnya cucur kucai yang garing, wangi dan beraroma istimewa. Lebih sedap dimakan panas-panas sebaik sahaja diangkat dari kuali. Cicah dengan sos pun padu, dimakan begitu sahaja pun tetap membuka selera.

Baca juga: Resipi Cucur Udang Rangup Tanpa Guna Yis, Bila Goreng Berkuping Kerak Cantik!

RESEPI CUCUR KUCAI UDANG GERAGAU

cucur kucai

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cekak daun kucai (potong lebih kurang 1 inci)
  • Tauge (bersihkan)
  • 2 sudu besar udang geragau kering (udang kepal)
  • 1 ulas bawang besar (dihiris)
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • Garam secukup rasa
  • 1–2 cawan air sejuk dari peti ais
  • Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

  1. Satukan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
  2. Bancuh dengan air sejuk sedikit demi sedikit hingga dapat adunan cucur yang sesuai.
  3. Biarkan adunan rehat selama 15 minit.
  4. Panaskan minyak dan sudukan adunan ke dalam kuali. Goreng hingga keemasan.
  5. Angkat dan toskan minyak.

Siap! Cucur kucai udang geragau ini memang sedap dimakan begitu sahaja. Kalau nak cicah dengan sos, pun padu!

Sumber: No Or

Baca juga: Cara Buat Cucur Manis 5 Bahan, Guna Trik Ini Hasil Bulat Elok & Rangup!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN