Resipi shakshuka antara menu yang nampak macam susah untuk dibuat, tetapi sebenarnya sangat mudah dan ringkas. Dengan beberapa bahan asas sahaja, hidangan ini boleh disediakan sendiri di rumah tanpa memerlukan teknik memasak yang rumit.

Selalunya menu ini akan di jumpa di kafe atau kopitiam dengan harga yang agak mahal. Namun, tidak ramai yang tahu bahawa shakshuka sebenarnya boleh dibuat menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dan kebanyakannya memang biasa digunakan dalam masakan harian.

Gabungan tomato, bawang, paprika dan telur menghasilkan hidangan yang kaya dengan rasa dan sesuai dinikmati bersama roti pilihan. Jadi, kalau teringin nak makan shakshuka tanpa perlu keluar ke kafe, apa kata cuba resipi mudah ini di rumah?

Baca juga: Makan Telur Separuh Masak Setiap Pagi, Wanita Ini Kongsi Apa Berlaku Pada Suami Selepas 3 Minggu

RESIPI SHAKSHUKA ‘CAMPAK-CAMPAK’

resipi shakshuka

Bahan-bahan:

  • 4 biji tomato
  • 1 biji bawang merah, dipotong dadu
  • ½ biji paprika, dipotong dadu
  • 3 ulas bawang putih, dicincang halus
  • Minyak zaitun atau minyak masak secukupnya
  • 4 biji telur
  • Sos tomato secukupnya
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk paprika
  • ½ sudu teh serbuk jintan manis
  • Serbuk cili atau chili flakes secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Parmesan/Feta/ keju pilihan anda

Cara-cara Penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak zaitun atau minyak masak dalam kuali.
  2. Potong sedikit bahagian atas tomato dan letakkan tomato di dalam kuali dengan bahagian yang dipotong menghadap ke bawah.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan paprika. Tutup kuali dan masak sehingga sayur-sayuran menjadi layu.
  4. Setelah tomato lembut, keluarkan kulit tomato dan hancurkan isinya sedikit menggunakan sudip.
  5. Masukkan sos tomato,parmesan, serbuk ketumbar, serbuk paprika, serbuk jintan manis, serbuk cili dan garam. Kacau sehingga semua bahan sebati.
  6. Buat beberapa ruang pada campuran tomato dan pecahkan telur satu per satu ke dalamnya.
  7. Tutup kuali dan masak sehingga telur mencapai tahap kematangan yang diingini. 
  8. Letakkan secubit daun parsley dan feta atau keju pilihan anda.
  9. Shakshuka boleh dihidangkan bersama roti pilihan untuk dicicah bersama sos tomato yang pekat dan berperisa.

Sumber: Lydia Zach

Baca juga: Telur Kopitiam Guna Periuk Biasa, 7 Minit Saja Dah Boleh Dapat Kuning Cair Elok!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending