
Cara pilih olive oil yang betul sebenarnya penting kalau anda nak mula amalkan gaya hidup lebih sihat, terutama untuk kawal kolesterol dan menjaga kesihatan jantung. Sekarang memang banyak pilihan olive oil di pasar raya sampai ramai jadi keliru nak pilih yang mana satu paling bagus. Ada extra virgin, virgin, pure olive oil dan macam-macam lagi.
Ramai orang beli olive oil sebab dengar ia lebih sihat berbanding minyak biasa. Memang betul, tetapi tidak semua olive oil mempunyai khasiat yang sama. Ada jenis yang lebih tinggi antioksidan dan lebih baik untuk membantu menurunkan kolesterol jahat dalam badan.
Kalau salah pilih, anda mungkin hanya dapat minyak biasa yang sudah banyak diproses dan kurang manfaat kesihatannya. Jadi sebelum beli, penting untuk tahu beberapa perkara asas supaya duit yang dibelanjakan benar-benar berbaloi dan membantu kesihatan tubuh.
Baca juga: Ramai Tak Tahu Cara Pilih Sayur & Buah Lebih Selamat, Hanya Perlu Cari ‘Logo Ini’ Pada Bungkusan
Kenapa Olive Oil Baik Untuk Kesihatan?
Olive oil terkenal sebagai antara minyak paling sihat di dunia dan sering digunakan dalam diet Mediterranean. Kandungan lemak tak tepu tunggal (monounsaturated fat) membantu mengurangkan kolesterol LDL atau kolesterol jahat dalam badan.
Selain itu, olive oil juga kaya dengan antioksidan, polyphenol dan vitamin E. Nutrien ini membantu menjaga kesihatan jantung, mengurangkan keradangan, menyokong salur darah yang sihat dan mengekalkan kolesterol baik (HDL) Sebab itu ramai pakar pemakanan menggalakkan penggunaan olive oil sebagai pengganti mentega atau minyak tinggi lemak tepu.
Jenis Olive Oil Yang Ada Di Pasaran & Cara Pilih

1. Extra Virgin Olive Oil (EVOO)
Ini pilihan paling terbaik dan paling sihat. Extra virgin olive oil diproses tanpa haba tinggi atau bahan kimia, jadi kandungan antioksidan masih tinggi. Rasanya juga lebih asli dan sedikit fruity. Kalau anda serius nak jaga kesihatan, memang disarankan pilih jenis ini.
Extra virgin olive oil sesuai digunakan untuk salad, dressing, campur dalam pasta, cicah roti dan juga untuk tumis ringan. Ia mempunyai kelebihan kerana tinggi antioksidan, kurang diproses, baik untuk jantung dan membantu mengawal kolesterol.
2. Virgin Olive Oil
Virgin olive oil juga masih baik tetapi kualitinya sedikit rendah berbanding EVOO. Ia masih mengandungi lemak sihat tetapi kandungan antioksidan lebih rendah sedikit. Sesuai untuk masakan harian dan tumisan ringan.
3. Pure Olive Oil / Refined Olive Oil
Jenis ini telah melalui lebih banyak proses penapisan berbanding extra virgin olive oil. Dari segi kesihatan, manfaatnya juga tidak setinggi extra virgin olive oil. Biasanya ia mempunyai rasa yang lebih ringan, warna yang lebih pucat dan kurang bau asli olive oil. Ia sesuai digunakan untuk menggoreng ringan dan memasak pada suhu tinggi.
Cara Pilih Olive Oil Yang Betul

1. Cari Label “Extra Virgin”
Ini paling penting. Kalau mahu manfaat terbaik untuk kesihatan jantung dan kolesterol, cari label “Extra Virgin Olive Oil”. Elakkan label seperti Light Olive Oil, Olive Oil Blend dan Pure Olive Oil. Kerana biasanya ia lebih diproses.
2. Pilih Botol Gelap
Botol berwarna gelap membantu melindungi minyak daripada cahaya. Cahaya boleh merosakkan antioksidan, rasa asli dan kualiti minyak. Sebab itu olive oil berkualiti biasanya dijual dalam botol hijau gelap atau coklat gelap.
3. Semak Tarikh Harvest & Expiry
Ramai hanya tengok expiry date, tetapi sebenarnya tarikh harvest (tuaian) juga penting. Olive oil lebih bagus jika masih segar dan tidak terlalu lama disimpan. Lagi baru harvest date, lagi baik kualitinya.
4. Pilih Yang Ada Label “Cold Pressed”
Cold pressed bermaksud minyak diproses tanpa haba tinggi. Kaedah ini membantu mengekalkan nutrien, vitamin dan antioksidan. Jadi kandungan khasiat lebih terjaga.
5. Jangan Terlalu Kejar Harga Murah
Extra virgin olive oil asli biasanya sedikit mahal kerana proses penghasilannya lebih berkualiti. Kalau terlalu murah, ada kemungkinan sudah lama, kualiti rendah, diccampur minyak lain. Jadi, lebih baik beli botol kecil tetapi berkualiti.
Cara Minum Minyak Zaitun Dengan Betul

1. Waktu Terbaik Minum Minyak Zaitun
Ramai mengamalkan minyak zaitun ketika waktu pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. Pengambilan ketika perut kosong dipercayai membantu penyerapan nutrien dengan lebih baik serta membantu masalah sembelit dan sistem penghadaman. Ada juga yang mengambilnya selepas makan dan ia tidak menjadi masalah kerana masih membantu penyerapan nutrien daripada makanan.
2. Cara Pengambilan Yang Disarankan
Cara paling mudah ialah minum terus 1 sudu minyak zaitun tanpa campuran lain. Berbanding kapsul, minyak zaitun dalam bentuk asli lebih cepat diserap dan kuantitinya juga lebih banyak.
3. Berapa Kerap Perlu Ambil?
Bagi individu sihat, pengambilan sederhana sudah memadai 1 sudu pagi dan 1 sudu malam. Namun, jangan ambil secara berlebihan kerana olive oil tetap tinggi kalori. Jika mempunyai masalah kesihatan tertentu, dapatkan nasihat doktor atau pakar pemakanan terlebih dahulu.
4. Boleh Campur Dalam Makanan
Selain diminum terus, minyak zaitun juga boleh digunakan dalam makanan harian seperti salad dressing, cicah roti, campur dalam pasta atau ganti mentega atau marjerin. Namun, extra virgin olive oil tidak digalakkan untuk menggoreng pada suhu terlalu tinggi kerana khasiatnya boleh berkurang.
5. Boleh Digunakan Pada Kulit
Minyak zaitun juga sering digunakan untuk melembapkan kulit. Ia boleh disapu nipis pada wajah, kulit kering dan bahagian tubuh tertentu. Kandungan antioksidan membantu menjaga kelembapan dan memberi kulit nampak lebih sihat.
Sumber: Facebook
Baca juga: 3 Petua Mudah Nak Buat Semut ‘Serik’ Naik Atas Meja, Makan Pun Jadi Lebih Selesa Tanpa Gangguan
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














