
Resepi homemade sosej ini memang sesuai dicuba kalau anak-anak suka makan sosej tetapi dalam masa sama ibu ayah nak selitkan sayur dalam makanan mereka. Isi ayam dikisar bersama telur, sayur dan beberapa bahan perasa sebelum dikukus menggunakan acuan sosej.
Menariknya, sosej homemade ini tidak memerlukan pewarna kerana penggunaan paprika dan serbuk cili sudah memberikan warna yang cantik. Kalau anak-anak tak makan pedas, tak perlu letak serbuk cili.
Sekali buat boleh dapat sekitar 38 ketul sosej, bergantung pada saiz acuan yang digunakan. Lebih senang, buat banyak-banyak pada hujung minggu dan simpan dalam peti sejuk beku. Bila nak makan, boleh terus masak menggunakan air fryer atau goreng sehingga bahagian luarnya garing.
Baca juga: Jom Cuba Buat English Muffin Homemade, Tak Perlu Oven Tapi Guna Kuali Leper Saja!
RESEPI HOMEMADE SOSEJ

Bahan-bahan:
- 3 keping isi ayam
- 3 biji telur
- 3 sudu besar tepung ubi
- Bawang putih secukupnya
- Bawang holland secukupnya
- Saderi secukupnya
- Lobak merah secukupnya
- Brokoli secukupnya
- Pak choy secukupnya
- Serbuk cili secukupnya
- Serbuk lada hitam secukupnya
- Serbuk paprika secukupnya
- Perasa cendawan secukupnya
- Garam secukup rasa
- Sedikit minyak untuk disembur pada acuan
Nota: Kuantiti sayur dan bahan perasa boleh disesuaikan mengikut cita rasa. Jika tidak suka pedas, chili flakes boleh tidak dimasukkan.
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan isi ayam, telur, tepung ubi, perasa cendawan, garam, serbuk lada hitam, serbuk paprika dan serbuk cili ke dalam food processor. Kisar sehingga isi ayam hancur dan semua bahan sebati. Tidak perlu masukkan air.
- Masukkan bawang holland, bawang putih, saderi, pak choy, brokoli dan lobak merah sedikit demi sedikit. Kisar lagi sehingga semua sayur hancur dan sebati dengan adunan ayam. Jika blender susah berpusing, boleh tambah sedikit air.
- Sembur sedikit minyak pada acuan sosej supaya adunan tidak melekat selepas dikukus.
- Masukkan adunan ke dalam piping bag, kemudian paipkan ke dalam setiap ruang acuan sehingga habis.
- Tutup acuan dan kukus sehingga sosej masak sepenuhnya.
- Ulang proses yang sama sehingga semua adunan habis. Hasilnya boleh dapat sekitar 38 ketul sosej, bergantung pada saiz acuan.
- Sosej yang sudah dikukus boleh terus dimakan atau dimasak menggunakan air fryer sehingga bahagian luarnya garing. Kalau tiada air fryer, boleh juga digoreng.
Sumber: Nazz Mernas
Baca juga: Cara Buat Dumpling Ayam Homemade, Letak Inti Penuh-Penuh Memang Puas Makan!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














