
Kalau selalu masak resepi sambal telur rebus yang biasa, apa kata cuba versi yang satu ini pula. Sambalnya mempunyai rasa sedikit berbeza kerana menggunakan kerisik, selain bahan-bahan kisar yang memberikan aroma seakan-akan rendang.
Resipi ini sesuai sangat untuk menu makan tengah hari atau malam. Telur yang direbus dan digoreng terlebih dahulu kemudian disalut dengan sambal yang pekat, pedas dan cukup berperisa.
Makan pula dengan nasi putih panas, lauk ini memang sesuai untuk seisi keluarga. Sambalnya yang pekat dan berempah akan melekat elok pada telur, menjadikan setiap suapan lebih menyelerakan.
Baca juga: Resipi Telur Mata Bawang Cili Kicap, Ditabur Pula Dengan Ikan Bilis Rangup Yang Menyelerakan!
RESEPI SAMBAL TELUR REBUS

Bahan-bahan:
- 6 biji telur ayam (direbus dan digoreng)
- 4 biji bawang merah
- 3 biji bawang putih
- 4 biji cili kering (direndam dalam air panas)
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- 1/2 inci lengkuas
- 1 batang serai
- 3 helai daun limau purut
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar air asam jawa
- 2 sudu besar kerisik
- Garam secukupnya
- Air secukupnya
- Minyak secukupnya
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan bawang merah, bawang putih, cili kering, halia, kunyit hidup, lengkuas dan serai ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus.
- Panaskan minyak secukupnya dalam kuali. Masukkan bahan kisar bersama daun limau purut.
- Tumis menggunakan api sederhana sehingga bahan kisar wangi dan berubah warna sedikit keperangan. Pastikan bahan tumis benar-benar masak supaya sambal lebih sedap.
- Masukkan sos cili, sos tiram, air asam jawa dan kerisik. Kacau dan tumis sehingga semua bahan sebati dan sambal masak.
- Tambahkan sedikit air supaya sambal tidak terlalu kering dan mudah hangus. Gaul rata.
- Masukkan telur rebus yang telah digoreng. Gaul perlahan-lahan sehingga semua telur disalut dengan sambal.
- Teruskan memasak sehingga sambal mula pecah minyak. Perasakan dengan garam secukupnya.
- Tutup api dan hidangkan sambal telur rebus bersama nasi putih panas.
Tip: Jangan masukkan terlalu banyak air kerana sambal ini lebih sedap jika teksturnya agak pekat dan melekat pada telur.
Sumber: Ummi Danishaluq
Baca juga: Resipi Sardin Telur Petai Berkuah Pekat, Tak Perlu Banyak Bahan Tapi Rasanya Mengancam!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














