resipi telur mata

Resipi telur mata bawang cili kicap antara menu paling mudah disediakan bila buntu nak masak. Tak kira awal bulan, tengah bulan atau hujung bulan, lauk ringkas seperti ini tetap jadi pilihan ramai kerana bahan mudah didapati dan cara penyediaannya pun sangat cepat.

Walaupun nampak biasa, gabungan telur mata yang garing di tepi, bawang tumis yang wangi, cili yang beri rasa pedas serta taburan ikan bilis rangup memang cukup menaikkan selera. Lagi-lagi bila dimakan bersama nasi putih panas, memang boleh buat nasi bertambah.

Menariknya, resipi telur mata bawang cili kicap ini tak perlukan banyak bahan atau masa yang lama di dapur. Hanya goreng, tumis dan gaulkan semua bahan, lauk sedap untuk seisi keluarga pun siap terhidang.

Kalau ada petai, boleh juga ditambah untuk rasa yang lebih umph! Bagi yang suka rasa masam segar, perahan limau nipis di akhir masakan pasti buat lauk ini lebih menyelerakan.

Baca juga: Resipi Sardin Telur Petai Berkuah Pekat, Tak Perlu Banyak Bahan Tapi Rasanya Mengancam!

RESIPI TELUR MATA BAWANG CILI KICAP DENGAN TABURAN IKAN BILIS RANGUP

resipi telur mata

Bahan-bahan:

  • Telur secukupnya
  • Ikan bilis
  • Bawang besar
  • Cili merah
  • Cili hijau
  • Petai (jika suka)
  • Limau nipis (jika suka)
  • Kicap secukupnya
  • Garam atau perasa mengikut citarasa

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan goreng telur mata sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam minyak yang sama, goreng ikan bilis sehingga rangup. Angkat dan toskan.
  3. Gunakan lebihan minyak tadi untuk menumis bawang besar, cili merah dan cili hijau sehingga sedikit layu dan naik bau.
  4. Masukkan petai jika digunakan. Gaulkan sebentar dan perasakan dengan garam atau perasa mengikut selera.
  5. Setelah siap, angkat bahan tumisan dan toskan sedikit minyak.
  6. Tuangkan tumisan bawang dan cili tadi di atas telur mata yang telah digoreng.
  7. Taburkan ikan bilis rangup di atasnya, kemudian tuangkan sedikit kicap.
  8. Jika suka rasa lebih segar, perahkan sedikit limau nipis sebelum dihidangkan.
  9. Siap! Nikmati bersama nasi putih panas dan memang sedap sampai bertambah-tambah.

Sumber: Facebook Sofia Abdul Jalil

Baca juga: Resipi Telur Goreng Masak Asam, Nampak Macam Biasa Tapi Sebenarnya Sedap…Tak Tipu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN